Kereta ketua srikandi PKR dicuri

November 14, 2011 Leave a comment

SHAH ALAM, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

“Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.

“Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

“Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

“Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut,” katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.

“Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

View the original article here

Dakwat kekal tak perlu pinda perlembagaan

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata, penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya boleh dilakukan tanpa pindaan Perlembagaan Pesekutuan.

Menurut Abdul Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pendiriannya itu berdasarkan perinsip ‘jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan’.

“Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu,” kata Abdul Aziz dipetik Malaysiakini.

Beliau juga dilapor berkata, tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu.

Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul.

“Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda.

“Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal?

Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan.

View the original article here

Dengan GST, ‘lembu’ mana pula tinggal di kondo

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA LUMPUR, 13 Nov: ‘Lembu’ mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah jika kerajaan berjaya mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memotong subsidi untuk rakyat, soal Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu membangkitkan persoalan penuh sindiran tersebut ketika mengecam tindakan pemimpin-pemimpin politik yang berulang kali didedahkan menyalahgunakan projek untuk kepentingan diri.

“Sebelum ini, banyak projek untuk kepentingan negara yang dijadikan lombong emas para pemimpin yang merompak harta negara, dari skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sehinggalah kepada RM40 juta wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilesapkan.

“Jika selepas ini Umno BN menang dalam pilihan raya akan datang, parti itu akan menggasak GST dari rakyat di samping pelbagai subsidi akan mereka ragut dari rakyat.

“Maka ‘lembu’ mana pula akan bersedap-sedap di kondominium mewah?” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat teguran dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 terhadap projek di bawah Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) yang disifatkan kacau-bilau dan pendedahan penyalahgunaan pinjaman untuk NFC untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar hakikatnya sebagai perulangan berkali-kali sejarah-sejarah lampau yang sama di bawah Umno BN.

“Pemimpin-pemimpin politik dan kroni-kroni mereka menggasak pelbagai projek dan peluang.

“Bila rugi, mereka bukan sahaja tidak perlu menanggung apa-apa kerugian malah ada bailout pula dan syarikat atau projek yang dirugikan itu boleh dijual kepada kerajaan pula dengan harga mewah seperti yang berlaku ketika saham MAS dijual kembali kepada kerajaan,” katanya.

Mahfuz juga menyelar sikap para pemimpin Umno yang berhempas pulas mempertahankan projek NFC yang disifatkan oleh Ketua Audit Negara sebagai kacau bilau itu.

Jawapan Menteri Pertanian, Perdana Menteri dan semua pemimpin Umno bukan sahaja tidak memadamkan keraguan malah menambahkan keraguan, katanya.

“Bagaimanpun, saya mengucapkan syabas kepada Menteri Pertanian.

“Maklumlah, zaman dah berubah. Waktu Tan Sri Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tanam padi atas bumbung. Bila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, bela lembu dalam kondominium!” sindir beliau lagi.

View the original article here

Pidato politik: Kami minta penjelasan NC UiTM

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) meminta  penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang-terangan berunsurkan politik.

“Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk ‘tidak perlu pinda Auku’ hanyalah sekadar retorik semata-mata,” kata Presiden Kami, Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya inginkan penjelasan daripada NC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan Sahol dengan apa yang terjadi pada hari ini.

“Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik, jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus,” katanya.

Tambahnya, tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa.

“Sejujurnya Kami tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan,” katanya lagi.

Katanya, kenyataan VC UiTM bahawa pindaan Auku akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu dikira sebagai sesuatu yang tidak relevan.

Beliau meminta diberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti.

Ujarnya lagi, tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir.

“Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik.

“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain,” katanya.

View the original article here

Lynas: MB Pahang dituntut mohon maaf

November 14, 2011 Leave a comment

KUANTAN, 13 Nov: Gabungan Hentikan Lynas (GHL) menuntut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memohon maaf di atas kesilapan beliau menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan tanah jarang (rare earth) semasa temuramah beliau dengan aktivis Australia Ryan Albrey baru-baru ini.

GHL dalam kenyataan yang diedarkan kepada media menyebut, mereka amat terkilan dengan kenyataan Adnan dalam temuramah tersebut bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses tanah jarang.

GHL mendakwa, kenyataan Adnan itu merupakan satu tuduhan palsu dan tidak berasas kerana ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite sementara Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub untuk televisyen.

“Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), tanah jarang terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan tanah jarang, mana pula juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan.

“Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah.

“Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta tersebut,” tulis kenyataan tersebut.

Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan yang berbaur rasis dan cuba memutarbelitkan isu sebenar di mana dalam temuramah tersebut beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

“Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman.

“GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya.

“Walhal, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak mendapat apa-apa daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja.”

Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang dijalani dalam kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka.

“Dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang.

“GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Adnan ini hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat justeru GHL meminta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna.

“Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” kenyataan tersebut dipetik.

View the original article here

Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut sedar bahawa selama ini pun prinsip hormat menghormati sebenarnya telah lenyap daripada Umno BN.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, ini berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.

Menurutnya, Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Sebagai contoh, katanya hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri itu seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada Najib.

“Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahanda sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, lalu bagaimana dan dimanakah rasionalnya tindakan serta ungkapan Najib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegitu tidak masuk akal dan tidak rasional.

Menurutnya, hormat menghormati sesama komponen BN sahaja bukanlah tarsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Baginya, parti tua yang kolot seperti BN saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

“Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS, PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.
“Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

View the original article here

SK Kampung Jawa kini dikenali SK Tan Sri P Ramlee

November 14, 2011 Leave a comment

GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa kini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.

Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff ketika berucap pada majlis itu, berkata nama P.Ramlee diabadikan sebagai memperingati tempat Allahyarham seniman agung itu memulakan persekolahan dengan memasuki ‘darjah sekerat’ iaitu pendidikan pra sekolah ketika itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Menamakan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee berkata satu tabung yang dinamakan Tabung dan Biasiswa Tan Sri P.Ramlee akan diwujudkan untuk kegunaan murid sekolah itu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang muzik.

“Tabung dan biasiswa ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni khususnya muzik,” katanya. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.