Home > Setempat > 10% enggan berpindah

10% enggan berpindah

KUALA LUMPUR: Keengganan hampir 10 peratus penduduk setinggan di Kampung Kerinchi untuk berpindah menyebabkan projek pembangunan kawasan berkenaan kini tergendala.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, disebabkan masalah itu, pembangunan di kawasan itu terlewat hampir setahun selain menyukarkan baki penduduk yang bersetuju.


“Jika ikut perancangan, kawasan setinggan Kampung Kerinchi sepatutnya menjalani proses pembersihan bagi pembangunan setahun lalu tapi kini ia terlewat, sekali gus merencatkan pembangunan yang dirancangkan.


“Namun yang kita kesalkan ialah, penduduk yang bersetuju terpaksa mengalami kesulitan dan menunggu lebih lama serta tinggal sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya selepas merasmikan karnival NST-Maybank Car Of The Year 2U (COYT2U) 2011, Pusat Pameran Matrade, di sini, semalam.


Hadir sama Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Syed Nazri Syed Harun.


Nong Chik berkata, pembangunan akan tetap diteruskan berdasarkan persetujuan majoriti penduduk dan kerajaan kini masih dalam proses perbincangan dengan kumpulan minoriti.

“Pembangunan ini kita buat kerana majoriti 90 peratus penduduk bersetuju dan dalam apa perkara sekalipun, ia mesti bergantung kepada suara majoriti dan bukan minoriti.


“Jadi, kita masih dalam proses perbincangan dengan kumpulan minoriti ini dan kita tidak tahu apa kemahuan mereka sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Karnival NST-Maybank Car Of The Year 2U (COYT2U) 2011 yang diadakan selama dua hari bermula semalam, 50 kenderaan dipamerkan bagi memberi peluang orang ramai melihatnya lebih dekat.


Semua 50 kenderaan itu akan dipertandingkan dalam 14 kategori berbeza seperti kategori kompak, keluarga, kenderaan eksklusif, pelbagai guna dan pacuan empat roda generasi terbaru.


Menerusi karnival itu, turut dipamerkan beberapa kenderaan versi hybrid selain berpeluang memandu uji beberapa kenderaan.


COTY2U menawarkan jualan pelbagai aksesori kenderaan dan peluang memenangi pelbagai hadiah serta merasai pengalaman memandu jentera Formula Satu (F1).


View the original article here

Categories: Setempat Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: