Home > Bisnes > 200 tempahan

200 tempahan

SELEPAS dua minggu melancarkan kenderaan premium model Peugeot 508, Nasim Sdn Bhd (Nasim) yang juga pengedar tunggal kenderaan buatan Perancis itu mengesahkan sudah menerima 200 tempahan setakat ini.


Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, sambutan menggalakkan itu didorong faktor model kenderaan segmen D itu dinobatkan Kereta Terbaik 2011 oleh majalah Fleet World di United Kingdom (UK) selain memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa.


“Peugeot menguasai 23 peratus pasaran kenderaan di Eropah dan faktor harganya berdaya saing menjadi daya tarikan kepada orang ramai memiliki kenderaan jenama ini,” katanya selepas melancarkan model Peugeot 508 dan Pusat Pameran Peugeot Blue Box di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, Pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd (Angkatan Hebat) Tan Sri Ampong Puyon, Pengarah Eksekutifnya, Henry Hing dan Ketua Pengarah Peugeot Asia Pasifik, Lionel Faugeres.


Beliau berkata, pihaknya yakin dengan barisan produk sedia ada jenama Perancis itu mampu menguasai sehingga tiga peratus pasaran kenderaan di Sabah dan merancang membuka beberapa lagi pusat pameran serta servis (2S) di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.


Sementara itu, Henry berkata, Angkatan Hebat melabur lebih RM1 juta untuk membuka beberapa lagi pusat 2S di negeri ini dan Peugeot 208 dijual pada harga RM171,697 seunit termasuk insurans untuk pendaftaran persendirian di Sabah.


View the original article here

Categories: Bisnes Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: