Home > Hiburan > Amar tercabar bintangi Nilapura

Amar tercabar bintangi Nilapura

SEBELUM ini, tidak ramai kenal Amar Asyraf Zailuddin. Pembabitan?nya dalam lakonan hanyalah menerusi watak pembantu menerusi drama Kasih Najiha, Kitab Cinta, Dahlan Steady, Getaran Cinta dan filem Penunggu Istana.


Bagaimanapun, siapa sangka tuah jejaka berusia 24 tahun ini apabila tiba-tiba mendapat peluang bergelar hero drama siri Nilapura yang kini ditayangkan menerusi slot Aksi TV3.


Ramai yang semakin seronok menonton lakonannya sebagai Putera Rangga, anak kedua Sultan Zainal Abidin dari Nilapura. Abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan dan Rangga menjadi harapan ayahandanya bagi mewarisi takhta. Bagaimanapun, Rangga seorang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.


Rangga juga membuat hubungan sulit dengan Ulia, isteri kedua pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas ditangkap pengawal pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia, ayahandanya bertitah mahu mengahwinkannya dengan Puteri Ratna Emas (Jue Aziz) anak Raja Bumida Bimasakti. Di sinilah menjadikan siri ini semakin menarik.



Menyingkap latar belakangnya, Amar sebelum ini aktif bergiat di pentas teater serta terbabit dengan bahagian teknikal di belakang pentas. Malah dia pernah bergelar jurulatih peserta program Pilih Kasih 2 bagi membantu Erma Fatima. Apabila program itu berakhir, rezekinya beralih ke lakonan apabila Erma menawarkannya berlakon bawah arahannya.



“Kak Erma bagi saya peluang berlakon drama Kasih Najihah. Selepas itu barulah timbul keyakinan untuk berlakon dengan drama lain. Untuk drama ini, saya kena jalani uji bakat oleh KL Motion Picture. Ini kali keempat saya bekerja dengan mereka kerana sebelum ini berlakon filem Penunggu Istana dan beberapa projek lain.


“Pengarah drama ini iaitu Wan Hasliza usulkan nama saya kepada TV3 dan memang tak sangka mereka boleh menerimanya. Sebaik dapat tawaran ini, saya jadi gementar memikirkan perkembangan karakter filem ini yang agak mencabar. Sebagai orang baru, saya mengakui agak bermasalah untuk melakonkan watak ‘playboy’ bertukar kepada baik serta menjadi harapan rakyat.


“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana penggambaran dijalankan peringkat demi peringkat sekali gus memberi saya masa untuk menghayati watak. Dengan tunjuk ajar pelbagai pihak, saya mula yakin membawakan watak ini,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Nilapura di Kellie’s Castle, Perak.


Amar berkata, sepanjang berlakon, dia berasakan seperti memikul beban yang berat. Apatah lagi bergandingan dengan Jue sememangnya satu pengalaman baru. Namun, segala keraguan bertukar apabila Jue memberikan kerjasama yang baik ketika penggambaran seterusnya melancarkan babak mereka berdua.


“Alhamdulillah saya cuba yang terbaik. Ini kali pertama kami berlakon bersama dan dia banyak menggunakan pengalamannya bagi mewarnakan babak kami berdua. Dengan sikap Jue yang memberi, segala-galanya berjalan lancar dan yang penting saya dapat berikan lakonan yang memuaskan.


“Seperkara lagi, saya juga teruk didera oleh Kak Liza yang mahukan perubahan sepenuhnya dalam karakter saya. Untuk Nilapura, saya terpaksa ubah suara supaya jadi lebih garau dan matang. Kerana terlalu banyak berlatih, saya pernah hilang suara. Sebaik sembuh, gaya percakapan saya terus berubah sehingga menghilangkan terus suara asal.


“Walaupun semua ini agak perit, saya gembira kerana jika tak ditegur pengarah tentu lakonan saya kekal di tahap lama dan tak berubah. Bayang–kan berat badan asal saya sebanyak 84 kilogram susut hingga 63 kilogram. Selain itu, gaya rambut ‘afro’ saya yang asal terus bertukar jadi lain,” terangnya.


“Saya juga tak segan timba ilmu daripada pelakon senior seperti Hilal Azman, Ramli Hassan serta semua rakan pelakon drama ini. Habis penggambaran kami akan buat sesi ‘brainstorming’ untuk kenal pasti kelemahan serta memperbaiki kekurangan. Secara peribadi saya anggap Nilapura sebuah cerita yang sangat mencabar dan bagus serta bertuah diberikan watak Rangga,” katanya.


View the original article here

Categories: Hiburan Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: