Home > Sukan > Bisa Ngomong: Polis mekanik basikal

Bisa Ngomong: Polis mekanik basikal

KALI pertama saya membuat liputan Sukan Sea, pelbagai reaksi saya terima daripada rakan setugas yang jauh lebih senior mengenai persiapan tuan rumah Indonesia terutamanya Palembang yang dianggap belum bersedia.


Jika nak dibandingkan dengan penganjuran Sukan Universiti Dunia di Shenzhen, China yang saya ikuti Ogos lalu, memang Palembang terlalu jauh untuk menghampiri standard itu dengan semua venue belum cukup sempurna apa lagi ketika Shenzhen mempunyai sistem pengangkutan cekap dengan kemudahan kereta api bawah tanah.


Mereka sebenarnya berusaha gigih untuk menjayakan temasya sukan ini dan cuba melaksanakannya dengan menyediakan basikal fixie percuma dan beca untuk digunakan atlet dan pegawai di perkampungan sukan.


Namun kemudahan basikal fixie yang diberi kerap rosak kerana rantai tercabut menyebabkan sering ditinggal merata-rata, menyesakkan pandangan ketika melalui jalan sekitar Kompleks Sukan ini.



Atlet, pegawai mahupun polis yang bertugas dalam kawasan ini sering kelihatan bertenggek di tepi jalan membaiki basikal seolah-olah seperti mekanik, sudahnya ditinggalkan juga di tepi jalan sehingga dikutip semula para petugas.



Saya pula baru sekali menaiki beca di perkampungan sukan ini, rasanya lebih selesa jika dibandingkan dengan Angkutan Kota (van usang) yang disediakan, kerana terlalu sesak dengan penumpang, sudahlah tidak berhawa dingin.


Apapun tugasan ini tetap disempurnakan untuk 11 hari lagi. Ketemu lagi ya.


Helmie


View the original article here

Categories: Sukan Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: