Home > Mutakhir > Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam

Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak ‘panik’ dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri – Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak – berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

“Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” katanya. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

“Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

“Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

“Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” katanya. – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: