Home > Bisnes > HLISB mahu kukuh posisi

HLISB mahu kukuh posisi

HONG Leong Islamic Bank (HLISB), entiti baru hasil gabungan antara Hong Leong Islamic Bank dan EONCap Islamic Bank Bhd merancang meluaskan operasinya selepas mendapati perniagaan kewangan Islam semakin berkembang pesat di rantau ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata pihaknya mahu mengukuhkan kedudukan dalam pasaran domestik sebelum melebarkan sayap ke rantau ini.


“Kami mempunyai peluang untuk memasuki pasaran serantau berdasarkan syarikat induk, Hong Leong Group yang mempunyai kedudukan kukuh dalam industri,” katanya selepas mengumumkan penggabungan dua institusi perbankan itu di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank Group, Yvonne Chia.


Beliau berkata, perbankan borong adalah bidang pertumbuhan baru dan pihaknya mahu membangunkan keupayaan dalam segmen berkenaan serta berharap dapat menyelesaikan struktur modal insan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.


Raja Teh berkata, entiti yang sudah bergabung selama dua minggu itu kini merancang menambah cawangan perbankan Islamnya yang setakat ini memiliki sembilan cawangan dengan gabungan aset bernilai RM20 bilion dan menyumbang kira-kira 10 peratus dalam Hong Leong Group.


View the original article here

Categories: Bisnes Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: