Home > Mutakhir > Isu MAYC: Keputusan Ahmad Shabery disambut baik

Isu MAYC: Keputusan Ahmad Shabery disambut baik

KUALA TERENGGANU: Satu kumpulan pemimpin dalam Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) menyambut baik keputusan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima rayuan dan mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu pada 26 September 2010.

Presiden perwakilan MAYC yang bermesyuarat pada 31 Julai tahun lalu iaitu Akhramsyah Sanusi, berkata keputusan itu sememangnya merintis jalan ke arah penyelesaian kemelut yang melanda persatuan berkenaan.

“Menteri memberi kelulusan Mesyuarat Agung pada 26 Sept 2010 walaupun mesyuarat agung itu dibantah oleh sebahagian besar warga MAYC kerana perwakilan yang kurang sempurna. “Bagaimanapun, Ahmad Shabery juga memberi syarat dengan semangat baru iaitu jawatankuasa MAYC 26 September 2010 hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan menjelang Mac 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perbincangan mengenai surat Ahmad Shabery kepada Presiden MAYC yang bermesyuarat pada 26 September 2010 iaitu Mustaffa Mat Arof.

Akhramsyah berkata, surat itu menyebut kegagalan Mesyuarat Agung pada Mac 2012 akan menyebabkan pendaftaran MAYC sebagai persatuan boleh dibatalkan.

“Jadi semua warga MAYC tahu bahawa memang kita menyayangi MAYC dan tidak mahu MAYC terbatal atas apa-apa sebab sekalipun.
“Oleh itu, kami sebagai pemimpin MAYC dari tujuh negeri iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang bertekad untuk menerima keputusan Ahmad Shabery dengan hati terbuka dan menyokong penuh pelan perdamaian yang diputuskan itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima apa-apa berita daripada Mustaffa berhubung perkara tersebut.

Pergolakan MAYC bermula apabila dua pemimpin dipilih dalam dua mesyuarat agung yang berbeza tahun lalu.

MAYC bergolak kembali pada bulan lalu, apabila Setiausaha Agung yang dipilih pada Mesyuarat Agung 31 Julai tahun lalu iaitu Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara, cuba mengambil alih pentadbiran persatuan itu tetapi dihalang oleh Mustaffa, presiden yang dipilih pada Mesyuarat Agung 26 September.

Mesyuarat Agung 31 Julai 2010 memilih Akhramsyah sebagai presiden. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: