Home > Mutakhir > JPN dan PDRM kemas kini daftar kematian mulai Disember

JPN dan PDRM kemas kini daftar kematian mulai Disember

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguruskan daftar kematian rakyat Malaysia bermula Disember ini bagi memudahkan lagi proses mengemas kini daftar pemilih pilihan raya.

Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said, berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam memaklumkan bahawa perkara itu akan berkuat kuasa mulai 1 Disember ini.

“Apabila pemaklum memohon permit mengubur daripada pihak PDRM, permit itu akan disatukan dengan daftar kematian JPN dan ia dihubungkan terus ke pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC) di sini, hari ini. Beliau menjelaskan sebelum ini, pewaris perlu melaporkan masing-masing kepada PDRM dan JPN bagi melaporkan kematian dan undang-undang tidak memaksa untuk laporan itu dibuat.

Sementara itu, Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memaklumkan bahawa sehingga kini, hanya 1,784 rakyat Malaysia di luar negara yang mendaftar sebagai pengundi.

Namun, PSC akan mengkaji perkara itu yang menurutnya mungkin akibat kekurangan promosi mendaftar sebagai pengundi. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: