Home > Bisnes > Kita dapat dulu

Kita dapat dulu

MALAYSIA muncul negara pertama di rantau ini yang menerima telefon pintar serba canggih, Samsung Galaxy Note bersaiz 5.3. inci apabila ia mula dipasarkan melalui promosi di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.


Ketua Bahagian Telefon Bimbit, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung), Lee Jui Siang berkata, pasaran Malaysia penting dalam destinasi perniagaan syarikatnya yang mahu menawarkan pelbagai produk kepada pengguna.


“Kami menawarkan Galaxy Note sebagai peranti yang terbaik dalam kategori tersendiri,” katanya ketika meninjau pelancarannya di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, Samsung Galaxy Note adalah produk yang dinantikan pengguna kerana memiliki pelbagai aplikasi menarik siap dipindah turun dalam model terbabit sebelum dijual kepada pengguna.


“Pengalaman mudah alih melalui model ini memang menakjubkan apatah lagi kekuatan pemprosesan selaju 1.4GHz cukup memberikan gambaran kuasanya,” katanya.


Samsung Galaxy Note mula dipasarkan di Malaysia semalam dengan harga jualan RM2,299 dan boleh diperoleh melalui dua syarikat telekomunkasi Celcom serta DiGi.

Antara ciri menarikn, ia dilengkapi sistem operasi Android 2.3.5 dengan kesediaan kamera 8.0 megapiksel bersama paparan skrin 5.3 inci WXGA (1280 x 800 piksel) HD Super AMOLED.


Samsung kini dalam rangka promosi di Pavilion KL (Kuala Lumpur), Queensbay Mall (Pulau Pinang), Aeon Tebrau (Johor Bahru) yang berakhir Ahad ini.


View the original article here

Categories: Bisnes Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: