Home > Mutakhir > KPPK mohon beri perlindungan insurans kepada guru pengiring

KPPK mohon beri perlindungan insurans kepada guru pengiring

ALOR SETAR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya memberi perlindungan insurans kepada guru yang mengiringi pelajar untuk aktiviti luar seperti sukan dan rombongan sekolah.

Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng, berkata selama ini hanya pelajar yang dilindungi insurans sedangkan guru yang mengiringi pelajar berkenaan tidak dilindungi insurans.

“Guru yang iring pelajar untuk aktiviti sukan di luar kawasan sekolah perlu menggunakan kenderaan sendiri dan mereka sepatutnya dilindungi insurans jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa dalam perjalanan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wisma KPPK Kedah di sini hari ini. Lok berkata, beliau berharap agar kerajaan mengkaji semula dari aspek keselamatan dan menawarkan insurans khas kepada guru yang membawa pelajar untuk aktiviti luar.

“Kalau kita kumpulkan data, setiap tahun ada kemalangan yang membabitkan guru dan pelajar. Jadi perkara ini perlu diambil serius oleh kerajaan. Kalau hilang nyawa bermakna kita dah hilang satu sumber tenaga dalam profesion keguruan.

“Kami cadangkan jika kerajaan tak mampu biayai semua, sekurang-kurangnya pihak sekolah biayai sedikit dan PIBG tanggung sedikit. Mungkin kerajaan boleh subsidi sedikit dan pihak sekolah akan usahakan selebihnya,” katanya.

Lok turut mengucapkan takziah kepada keluarga guru dan pelajar yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 382.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang, Perak kira-kira jam 4.20 pagi semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan cuba mengusahakan bantuan kepada guru yang mengalami kecederaan.

Dalam kejadian itu, seorang guru dan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim maut apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan dan terbalik sebelum dirempuh sebuah treler.

Turut terbunuh seorang Ketua Wanita UMNO Cawangan dari Alor Setar yang kebetulan berhenti di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan pelajar dari bas yang terbalik itu. – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: