Home > Hiburan > Mencari kualiti dalam muzik

Mencari kualiti dalam muzik

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kembali lagi bagi edisi yang ke-18 dengan satu kelainan ketara iaitu dianjurkan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur – berbeza dengan gelanggang sebelum ini iaitu Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Keputusan malam ini juga akan pasti ditunggu peminat dan ia berdasarkan penilaian puluhan juri profesional yang diketuai penggubah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.


Pemansuhan satu kategori iaitu Lagu Hip-Hop Terbaik yang pernah tersenarai sebelum ini dilihat tidak menghilangkan debaran saingan kali ini.


Saingan AIM18 agak menarik dengan kehadiran pelbagai kategori yang jarang diberi perhatian. Kehadiran komposer, penulis lirik, artis solo & berkumpulan, penggubah, produser, pereka kulit album, jururakam dan pengarah muzik video menjadikannya lebih menyeluruh.



Saingan turut terarah kepada kategori Artis Baru Terbaik. Ia membabitkan nama baru yang meningkat naik seperti James Baum, Kyoto Protocol, Najwa, Projek Pistol dan Reza Salleh.



Pencalonan kategori Album Terbaik juga tidak kurang sengit. Finalis kategori ini membariskan pencalonan pencipta lagu muda seperti Yuna, Aizat, Najwa dan Reza Salleh. Tidak ketinggalan produser yang menghasilkan single dan album artis ‘senior’ seperti Anita Sarawak, Datuk Sheila Majid, Ning Baizura.


Pemenang Juara Anugerah Lagu (AJL24), Aizat Amdan, dianggap berpeluang menang kerana dia berbakat sebagai penyanyi dan pencipta lagu. Album Urusan Aizat Amdan akan berdepan tentangan sengit empat pencabar yang bukan calang-calang iaitu Datuk Sheila Majid (The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years), Ning Baizura (Dewa).


Ning turut tampil dengan album 3 Suara, berduet bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah. Album Sayang dan Cahaya oleh Dayang Nurfaizah juga satu pencabar yang kuat.


Apapun, detik paling dinantikan sudah tentu saingan Top 5 Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita). Pencalonan kategori ini menampilkan Anita Sarawak dengan lagu Asmara juga Jaclyn Victor (Noel), Najwa (How Long Must I Wait) dan artis baru paling menyerlah, Yuna yang tersenarai bagi Gelora Jiwa dan Penakut.


Dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Anuar Zain punyai kelebihan melalui lagunya yang disukai ramai, Sedetik Lebih selain Azlan & The Typewriter dengan lagu susunan semula lagu Jeritan Batinku dan Sofea Jane nyanyian Black Mentor.


Apapun, tiada siapa tahu andainya tuah memihak kepada gitaris akustik yang mencipta nama di Australia, Reza Salleh dengan lagunya, What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure sementara Tam Spider (Kitasatu).


Bagi generasi baru, Lagu Rock Terbaik (Komposer/Penulis Lirik) antara detik dinantikan menunggu siapa paling layak bergelar pemenang.


Kehadiran dua band Indie dengan reputasi tersendiri, Sam Bunkface dengan Ekstravaganza dan Taja Meet Uncle Hussain (MUH) dengan lagu Pokok dianggap saingan dua penjuru.


Apapun, tiga pencabar lain menerusi Boy Clifford (Projek Pistol) dengan lagu Wanita Seluruh Dunia, lagu Pelita ciptaan Loque nyanyian kumpulan Adiwira Indie, A.P.I dan Tam Spider dengan Kitasatu ada kekuatan tersendiri untuk memintas.


Bagi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, ia menampilkan tiga artis muda berbakat besar. Aizat bersama abangnya Anas bersaing bersama Najwa dan Reza Salleh dalam kategori ini.


Lagu Years From Now (Aizat/Anas) mungkin lebih dikenali pendengar tetapi tiada siapa boleh meramalkan cabaran Najwa dua lagu, Got To Go dan Innocent Soul manakala Reza melalui What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure dan Stracciatella.


Sebelum ini, Pengerusi Penganjur bersama AIM18, Rosmin Hashim, berkata semua pencalonan dinilai melalui kriteria ditetapkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk AIM18.


“Semua yang dicalonkan menepati kriteria ditetapkan jadi mereka dianggap sah untuk mendapatkan tempat bagi bertanding tahun ini.


“Kami memberi penekanan terhadap artis naungan label Malaysia. Jika mereka tidak menepati syarat itu, mereka tidak sah dipertandingkan,” katanya.


Selain acara kemuncak AIM18, siaran langsung Blue Carpet akan bermula jam 7.30 malam ini diikuti dengan siaran langsung mulai 9 malam di Astro Ria.


SENARAI TOP 5 AIM18


ARTIS BARU TERBAIK
1) James Baum
2) Kyoto Protocol
3) Najwa
4) Project Pistol
5) Reza Salleh


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (Artis Lelaki)
1) Anuar Zain – Sedetik Lebih
2) Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
3) Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
4) Black – Sofea Jane
5) Tam Spider – Kitasatu


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU Lagu (Artis Wanita)
1) Anita Sarawak – Asmara
2) Jaclyn Victor – Noel
3) Najwa – How Long Must I Wait
4) Yuna – Penakut
5) Yuna – Gelora Jiwa


PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM LAGU
1) Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah- Beribu Sesalan
2) A.P.I – Pelita
3) Caipifruta – Mencecah Bujang Lapuk
4) Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
5) In-Team – Salamun Salam 2


VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah (video muzik)
1) Ahmad Farish – Susun Silang Kata – Aizat Amdan
2) DJ CZA – Kotarayaku – Altimet feat Noh Hujan
3) Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih
4) Tan Chee Meng – Karma – Faizal Tahir
5) Ahmad Faris – Inspektor Remos – Hujan


LAGU POP ETNIk TERBAIK – Komposer/Penulis Lirik
1) Joget Tak Senang Hati – Mihariz Yaakup/Azalea – Adibah Nor
2) Katakanlah – Amirah Ali/Amirah Ali – Amirah Ali
3) Santun Berpesan – Adi Akmal/Muhammad Devotees – Castury Feat Ayati Tasrip
4) Hambamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim – Mawi & Akhil Hayy
5) Falsafah Laksmana – Zalee Redang/Zalee Redang – Zalee Redang


LAGU NASYID TERBAIK – Komposer/Penulis Lirik
1) Hadirnya Cahaya S.A.W – Abdul Halim Ahmad/Abdul Halim Ahmad – Devotees
2) Permata Hati – Syah Inteam/Syah Inteam – Nazrey Johani
3) Pedoman (V.O.U) – Johan Nawawi/Johan Nawawi, Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi – Nora Feat VOU
4) Bebas Palestin – Nazrey Johani/Nazrey Johani, Fridzan – Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart
5) Pahlawan Gaza – Fridzan/Ahmad Fedtri Yahya – Saujana


LAGU ROCK TERBAIK – Komposer/Penulis Lirik
1) Pelita – Loque/Loque – A.P.I
2) Ekstravaganza – Sam/Bunkface – Bunkface
3) Pokok – Taja/Tun Teja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
4) Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford/Boy Clifford – Project Pistol


LAGU POP TERBAIK – Komposer/Penulis Lirik
1) Beribu Sesalan – Kevin Chin/Tinta
2) Sungai Lui – Aizat & Anas/Aizat & Anas
3) Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
4) Dengarkanlah – Acis/Sheila Majid
5) Penakut – Yuna Zarai/Yuna Zarai


LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1) Year From Now – Aizat n Anas – Aizat
2) Innocent Soul – Najwa – Najwa
3) Got To Go – Najwa – Najwa
4) What The Hell Just Happened Im Not Really Sure – Reza Salleh – Reza Salleh
5) Stracciatella – Reza Salleh – Reza Salleh


LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
1) Insya Allah – Maher Zain – Fridzan
2) Indahnya Cinta – Giring Rama – Giring Rama
3) Sahabat Selamanya – Padi – Padi
4) Ku Menunggu – Mery LC – Mery LC
5) Bunga Mimpi – Sandy Sondro – Sandy Sondro


SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU – Penggubah
1) Helen Yap – Asmara
2) Edry Abdul Halmi – Sedetik Lebih
3) AG – Jeritan Batinku
4) Syed Sharir Faisal Syed Hussain – Jeritan Batinku
5) Jenny Chin – Ku Mohon


ALBUM TERBAIK – Produser
1) Kevin Chin, Aylwin Snatiago, Paul Morrison n Irwan Simajuntak – 3 Suara
2) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan
3) Zain Almodzar – Sayang & Cahaya
4) Magada Entertainment Sdn Bhd – The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid


View the original article here

Categories: Hiburan Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: