Home > Mutakhir > Menteri-menteri APEC setuju tingkatkan perdagangan

Menteri-menteri APEC setuju tingkatkan perdagangan

HONOLULU: Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengekalkan dan meneruskan komitmen mereka hingga 2015 bagi mengelak daripada mewujudkan halangan baharu kepada pelaburan atau perdagangan barangan dan perkhidmatan, mengenakan sekatan baharu kepada eksport atau melaksanakan langkah-langkah tidak konsisten WTO dalam semua bahagian.

Mereka komited mengambil tindakan padu untuk mengukuhkan integrasi ekonomi dan mengembangkan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan konsep hijau dan melanjutkan kerjasama kawal atur bagi mencapai pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Dalam kenyataan bersama mereka semalam, menteri luar dan menteri perdagangan bersetuju untuk mengambil tindakan selaras dengan integrasi dan perdagangan termasuk menangani isu pelaburan dan perdagangan generasi seterusnya yang harus dikawal oleh kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik di masa depan. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rodham Clinton dan Wakil Perdagangan AS Ron Kirk, dengan Kirk berkata, APEC mahu memastikan perjanjian serantau baharu menangani isu-isu abad ke-21 yang berkaitan dengan perniagaan di rantau ini.

“Kami juga berjaya menangani cabaran yang dihadapi perniagaan kecil dan sederhana apabila menjalankan perniagaan di rantau ini,” katanya semasa beliau membincangkan hasil daripada Mesyuarat Menteri-Menteri APEC pada sidang media bersama.

Menteri-menteri perdagangan juga membincangkan Agenda Pembangunan Doha dan mengeluarkan kenyataan mereka sendiri yang menekankan “kebimbangan kami berkaitan jalan buntu yang kini jelas mengancam” agenda dan realiti bahawa sebarang kata putus tidak akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat ini.

Mereka komited untuk membawa rundingan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) “dengan pandangan kepada pemikiran baharu dan berazam untuk mula meneroka pendekatan yang berbeza, inovatif dan berwibawa.”
Menteri-menteri APEC maklum dengan persekitaran dagangan global yang tidak menentu sekarang termasuk petanda peningkatan langkah-langkah menyokong dasar perlindungan, yang terus menjadi satu kebimbangan yang serius.

Bahagian-bahagian lain yang disasarkan untuk diambil tindakan termasuklah menambah baik prestasi rantaian bekalan dengan mewujudkan nilai yang mengecualikan penghantaran daripada duti kastam; menggalakkan perdagangan dan pelaburan dalam barangan dan perkhidmatan berkaitan alam sekitar; dan memantapkan amalan kawal atur barangan yang baik dengan memastikan penyelarasan dalaman penggubalan peraturan, menilai kesan peraturan dan mengadakan perundingan awam dalam ekonomi APEC.

Clinton juga mengadakan Dialog Polisi Peringkat Tinggi dengan menteri, pegawai kanan dan ketua perniagaan mengenai langkah mengurangkan risiko bencana dan mengukuhkan daya tahan ekonomi selepas tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun dan banjir di Thailand dan bencana-bencana alam semulajadi lain yang berlaku di rantau ini.

Menteri juga mengeluarkan kenyataan mereka sendiri yang menggesa pegawai berusaha menambah baik daya tahan bencana, termasuk bekerjasama dengan perniagaan membangunkan instrumen khusus bagi membantu mereka bersiap sedia menghadapi bencana alam semulajadi. – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: