Home > Bisnes > MRCB rancang bina rumah mampu milik

MRCB rancang bina rumah mampu milik

MALAYSIAN Resources Corporation Bhd (MRCB) syarikat pembangunan hartanah dan pelaburan merancang membina rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan penduduk berpendapatan sederhana.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Razeek Hussain berkata, syarikat menyokong Projek Perumahan Rumah 1Malaysia kerana ia adalah salah satu cara membantu rakyat yang belum mampu membeli.


“Kami menyokong skim perumahan ini dan merancang memasukkan rumah sedemikian di dalam salah satu projek kami tidak lama lagi. Kami berharap mendapat kelulusan dan bantuan kerajaan,” katanya selepas majlis tanggung jawab sosial korporat syarikat itu yang bertemakan ‘Menggalakkan Kecemerlangan, Memupuk Bakat, Membela Kebertanggungjawaban’ di Kuala Lumpur, semalam.


Selain itu, kumpulan itu sudah membuat pelancaran tidak rasmi dua blok kondominiumnya di Kuala Lumpur Sentral yang dikenali sebagai ‘The Sentral Residences’ yang mendapat sambutan orang ramai.


“Kami hampir menjual semua unit di blok pertama dan akan membuka tempahan untuk blok kedua,” katanya. 

View the original article here

Categories: Bisnes Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: