Home > Hiburan > Peluang menang hadiah besar!

Peluang menang hadiah besar!

PELBAGAI hadiah bernilai RM25,000 ditawarkan sebagai imbuhan cabutan bertuah buat pengunjung yang datang menyaksikan Showcase OMG Gempak! sempena Pelancaran Red Box Ria Berwajah Baru yang diadakan pada 19 November ini.


Bertempat di Tingkat 7, KL SOGO Multipurpose Hall, program itu bermula jam 2 petang dan turut membariskan nama yang menjadi pujaan ramai ketika ini.


Mereka adalah kumpulan Forteen, popular dengan lagu Berdua Bersatu, Iqa Mentor (Di Penghujungnya), Tiga (Lelaki Tak Guna) dan Chomell Fana (BFF).


Apa yang menarik showcase diadakan secara undangan ini turut menampilkan khas penyanyi tersohor Ning Baizura yang baru saja melancarkan klip video terbarunya, Bila serta pendatang baru berbakat besar yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif. Kini Najwa tampil dengan single kedua?nya, Carta Hati.



Pengarah Urusan Kumpulan Red Box Karaoke, Valerie Choo, berkata selain memperkenalkan wajah baru Red Box Ria penganjuran acara itu juga sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada pelanggan setia di pusat karaoke keluarga yang cukup popular itu.



“Sejak Red Box beroperasi pada 2000, sambutan yang diberikan pengunjung cukup baik sekali sehingga Red Box mampu berdiri menjadi jenama terkenal.


“Tambah membanggakan, semua cawangan kami menerima respons sangat memberangsangkan. Pelang?gan sukakan konsep hiburan dan keluarga yang kami ketengahkan selain Red Box termasuk Green Box iaitu satu lagi jenama pusat karaoke di bawah pengurusan kami,” katanya kepada Rap.


Valerie berkata, ‘showcase’ itu tidak mungkin menjadi satu kenyataan tanpa jalinan usaha sama di antara Red Box dan KRU Studios yang kini dalam rangka promosi album kompilasi terbaru ‘OMG Gempak!’


Berkongsi misi yang sama untuk mempromosikan produk masing-masing, Red Box dan KRU Studios sepakat menamakan persembahan itu sebagai Showcase OMG Gempak!
Penganjuran showcase ini turut menyaksikan pembabitan pelbagai pihak dan Harian Metro misalnya dilantik sebagai akhbar rasmi.


Seiring kerjasama itu, Red Box Ria bermurah hati untuk memberikan 50 pas VIP untuk dimenangi seramai 25 pemenang (seorang pemenang akan mendapat dua pas VIP) berserta 25 baucar karaoke Red Box Ria yang setiap satunya bernilai RM100 kepada pembaca bertuah Akhbar No: 1 Malaysia ini.


Caranya mudah, anda hanya perlu menyertai kuiz mudah yang di bawah artikel ini dan lengkapkan slogan khas yang diberi. Ketepatan jawapan serta slogan paling kreatif akan memungkinkan anda menang.


Penyertaan bermula sekarang dan tarikh tutupnya pada 16 November 2011. Borang penyertaan perlu dihantar lengkap bersama artikel asal ini.


Seramai 25 pemenang bertuah akan dihubungi Harian Metro dan mereka boleh menebus pas VIP dan baucar karaoke Red Box Ria itu di kaunter Harian Metro, yang disediakan di pintu masuk KL SOGO Multipurpose Hall, pada hari ‘showcase’ ini mulai jam 12 tengah hari.


View the original article here

Categories: Hiburan Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: