Home > Mutakhir > Samun, londeh

Samun, londeh

GOMBAK: Bukan sahaja disamun malah seorang wanita nyaris dicabul dua lelaki yang menarik seluarnya hingga hampir terlondeh namun berjaya diselamatkan teman lelakinya di Batu 17 Rawang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa bersama teman lelakinya kerugian hampir RM1,500 selepas disamun enam lelaki tidak dikenali yang menaiki beberapa motosikal.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang berusia 20-an bersama teman lelakinya baru selesai makan di sebuah restoran sebelum mereka menuju ke tempat letak kereta yang terletak di belakang premis itu.

“Bagaimanapun ketika sedang berjalan tiba-tiba muncul tiga motosikal dinaiki enam lelaki mengepung mereka sebelum seorang daripada mereka merentap beg tangan mangsa hingga menyebabkannya terjatuh.
“Sebaik melihat mangsa terjatuh, suspek terus menuju ke arah mereka berdua sambil mengacukan pisau,” katanya.
Sumber berkata, malah ketika pergelutan itu, dua lelaki terbabit sempat mengambil kesempatan menarik seluar pendek yang dipakai mangsa.

“Teman lelaki mangsa yang melihat kejadian itu tanpa berfikir panjang terus membantu mangsa sambil menepis tangan suspek.
“Namun tindakannya itu menyebabkan mereka marah dan terus memukulnya sebelum beg duit miliknya turut dirampas,” katanya.

Sumber itu berkata, kekecohan yang berlaku itu bagaimanapun disedari orang awam yang terdengar bunyi bising sebelum datang membantu.
“Panik melihat kehadiran orang ramai, semua suspek terus melarikan diri,” katanya.
Mangsa dan teman lelakinya bernasib baik apabila tidak sempat diapa-apakan namun trauma dengan kejadian itu.
Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Rawang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: