Home > Fakta Dan Auta > Sopan berbusana anggun dipandang

Sopan berbusana anggun dipandang

 
MODEN…rekaan baju pengantin berwarna hijau lumut gabungan klasik dan moden menarik untuk mereka yang berani mencuba.

KEBANYAKAN pasangan raja sehari hari ini memilih busana pengantin dengan rekaan moden yang ringkas, namun masih mengekalkan ciri-ciri klasik tradisional yang menyerlahkan lagi seri pengantin pada hari bahagia mereka.


Fesyen kebaya pendek dan labuh serta berkorset mirip seperti busana pengantin Indonesia antara rekaan kini yang kian diminati masyarakat kerana keistimewaannya tersendiri.


Ini kerana, rekaannya yang tidak terlalu berlebihan dan menerapkan nilai kesopanan, amat menepati cita rasa golongan wanita timur yang bergelar raja sehari untuk digayakan pada hari persandingan mereka.


Pemilik butik D’Renjis Cinta Bridal, Rosmawati Abd Razak, berkata pasangan pengantin pada hari ini memilih tampil dengan fesyen moden kontemporari seperti baju labuh ringkas, tetapi masih menyerlahkan gaya elegan.



“Rekaan glamor, mewah dan anggun yang diterapkan pada busana itu antara ciri utama ia menjadi pilihan pasangan raja sehari.



“Memang tidak dapat dinafikan, masih ramai yang berpegang teguh dengan memakai rekaan pakaian tradisional asli pada hari bersejarah, tetapi mesti diakui juga trend kini semakin berubah,” katanya.


Tampil berbeza dengan butik pengantin lain, butik D’Renjis Cinta Bridal mengetengahkan rekaan busana pengantin menggunakan fabrik sifon, organza, sutera, renda, satin, songket dan batik kerana ia lebih menarik serta memberi keselesaan kepada si pemakai.


Pengalaman selama tiga tahun menetap di Jakarta, Indonesia, tidak disia-siakan Rosmawati apabila kesempatan itu diambil dan digunakan sebaik mungkin untuk mendalami lagi seni rekaan fesyen busana pengantin yang berteraskan Jawa di negara itu.


Justeru, melalui ilmu diperoleh itu, Rosmawati sentiasa berusaha memberi kelainan pada rekaannya dengan ?menggabungkan kedua-dua elemen tradisional Melayu, Jawa dan moden serta menambah perincian daripada manik dan labuci bagi menyerlahkan lagi busana pengantin berkenaan.


“Saya sering memberi inspirasi moden dan kontemporari supaya ia memenuhi kehendak orang ramai.


“Contohnya, keindahan fabrik renda daripada warna biru firus yang bersulam manik dan labuci pada baju kebaya labuh pastinya akan menyerlahkan penampilan raja sehari tatkala melangkah ke jenjang pelamin.


“Pemilihan ton dan tudung bagi pengantin yang tampil bertudung pula mesti selari untuk memenuhi gaya diimpikan pengantin yang mahu menampilkan busana Muslimah, tetapi glamor.


“Bagaimanapun, jika pelanggan mahukan rekaan busana yang benar-benar klasik, hasrat mereka akan saya cuba penuhi,” katanya.


Katanya, busana pengantin yang dilatari kesopanan memang tidak jemu ?dipandang malah dengan pilihan tema majlis, disesuaikan pula ?dengan fabrik terpilih,
ia sudah tentu menambah keanggunan.


Selain menawarkan busana pengantin yang cantik dan menarik, butik ini turut menawarkan apa saja yang diperlukan bakal pengantin.


Pelamin, solekan, gubahan hantaran, cenderahati, katering, sehingga kepada kelengkapan perkahwinan lain, semuanya ada disediakan mengikut pakej bajet pengantin yang istimewa dengan tawaran harga paling berpatutan.


Sementara itu, jurusolek, Alfidah Irvan, berkata solekan untuk raja sehari perlu sesuai dengan busana dan paling penting, ia tidak terlalu tebal sehingga menyakitkan mata memandang terutama solekan ketika majlis pernikahan yang perlu lebih tampak semula jadi.


“Solekan dan busana perlu bersesuaian kerana ia tumpuan utama dalam setiap majlis perkahwinan.


“Jadi, pastikan pengantin memilih busana yang sesuai dengan solekan dan ?sebaiknya, cuba gaya solekan dan baju sebelum majlis,” katanya.


Tip memilih busana pengantin:

Lokasi majlis perkahwinan

– Pemilihan busana pengantin juga harus bersesuaian dengan lokasi majlis itu akan diadakan iaitu sama ada di luar atau di dalam rumah atau dewan.


Sekiranya di luar rumah yang kebiasaannya bertemakan perkahwinan dalam taman, bakal pengantin perlu memilih busana yang tidak terlalu sarat dengan perincian dan terlalu labuh.

Bentuk tubuh badan

– Bagi bakal pengantin yang mempunyai tubuh badan kurus dan tinggi lampai, mereka boleh mengenakan busana dalam apa jua jenis warna dan disarankan memilih busana yang labuh, tetapi ia tidak bersesuaian dengan mereka yang bertubuh agak gempal dan rendah.


Untuk bakal pengantin bertubuh begini, mereka perlu memilih busana dengan warna lembut (pastel) dan tidak labuh kerana ia akan membuatkan mereka tampak lebih rendah. 

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: