Home > Fakta Dan Auta > Tawaran urus mayat lebih murah

Tawaran urus mayat lebih murah

“JIKA anda boleh cari tempat yang lebih murah, kami akan bayar perbezaan harga dengan tambahan 30 euro (RM130).”


Ayat ini terpapar dalam satu iklan elektronik yang memberi tawaran untuk pengurusan jenazah.


Syarikat Aldi and Lidl di Jerman menyedari ada?nya peningkatan permintaan bagi mendapatkan potongan harga bagi pengurusan jenazah sejak 2009, supaya harganya tidak melebihi 1,200 euro (RM5,190).


Menurut laman web pakar pengebumian, Bestattungen.de, hanya satu pertiga rumah pengurusan jenazah di Jerman yang menawarkan pelbagai potongan harga setiap tahun iaitu daripada 16 peratus pada 2009 kepada 20 peratus tahun lalu.



“Sesetengah orang terikat dengan undang-undang untuk mengebumikan bapa yang mereka tidak dijumpai lebih 20 tahun,” kata Harmut Woite, ketua syarikat Sargdiscount atau Coffindiscount yang beribu pejabat di Berlin.



“Mereka tidak mahu bayar beribu euro untuk pengebumian. Semua urusan dilakukan melalui telefon, faksimili atau surat,” katanya.


Kebanyakan orang memilih perkhidmatan pengurusan jenazah yang lebih murah apabila mahu mengebumikan saudara-mara yang tidak rapat.


Ada pihak yang memilih perkhidmatan ini kerana jarak tempat tinggal yang sangat jauh dan 41 peratus memberikan alasan kewa?ngan.


Menurut maklumat Kesa?tuan Pengurusan Mayat Jerman, urusan pengebumian tradisional di negara itu boleh menelan belanja daripada RM12,110 hingga RM15,137 atau dua kali ganda jika merangkumi tapak dan kos penjagaan kubur.


Di Sargdiscount, secara purata kos yang dikenakan ialah 479 euro (RM2,071), tetapi ia hanya menerima permintaan yang dibuat melalui telefon dengan pembakaran mayat dilakukan di Republik Czech tanpa majlis tertentu dan abu mayat akan dikebumikan di tanah perkuburan awam.


“Satu-satunya yang merungsingkan pelanggan ialah nama syarikat kami,” kata Woite.


Dia percaya sudah memperkenalkan ketelusan dalam sektor yang selama ini sangat ‘berahsia’. Walaupun orang sepertinya menawarkan perkhidmatan yang baik, ada juga pihak mengkritiknya.


“Ini bukan soal telus atau tidak. Caj yang kurang daripada 500 euro (RM2,162) tidak dapat menampung kos pengu?ru?san pun. Walaupun ada kos yang tersembunyi, mayat diuruskan dengan baik,” kata jurucakap Kesatuan Pengurusan Mayat Jerman, Rolf Lichtner.


Bagaimanapun, Patrick Schneider, pemilik syarikat Aarau yang beroperasi
di seluruh negara dan menawarkan pe?ngurusan jenazah pada harga 499 euro (RM2,158) berkata, ‘maruah jenazah tiada kaitan dengan duit’.


Dia boleh menawarkan perkhidmatan yang murah kerana dia membeli keranda dalam jumlah banyak (beratus-ratus) dan bukannya hanya belasan berbanding syarikat lain. Malah syarikatnya juga dapat harga istimewa daripada rumah pembakaran mayat kerana menjadi pelanggan tetap.


Bagaimanapun, perkhidmatannya sangat asas dan satu-satunya benda berwarna yang boleh dilihat hanyalah kendi menyimpan abu mayat yang diletakkan di atas meja.


“Kerana mahu semuanya murah, senang dan boleh dibuang, pengurusan jenazah sekarang tiada pengebumian.


“Walaupun permintaan untuk pengurusan jenazah yang murah semakin meningkat, permintaan untuk pengebumian dengan cara tersendiri masih ada yang kadang-kadang kosnya sangat mahal dan ia biasanya dilakukan untuk orang kaya atau terpelajar saja.


“Apabila tiba soal penge?bumian, isu mengenai kelas atau strata akan diperkatakan,” kata pakar antropologi Universiti Bonn, Dagmar Haenel. – AFP


View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: