Home > Fakta Dan Auta > Unsur vintaj tonjol keperibadian

Unsur vintaj tonjol keperibadian

 
VINTAJ…anggun mempesona gaya vintaj skirt dipadankan blaus bersama jaket.

JENAMA pakaian terkenal Esprit bermula apabila pasangan Susie Russell dan Doug Tompkins bertemu ketika aktiviti memanjat gunung pada 1963 lalu mendirikan rumah tangga.


Kegemaran Susie yang sewaktu kecil berpakaian cantik dan anggun mendorongnya menghasilkan rekaan menggunakan jenama Plain Jane.


Selesa, kemas, cantik dan menyerlah menyebabkan rekaannya mendapat permintaan ramai. Pada 1980-an, jenama Esprit dengan fesyen berwarna-warni dan kasual dihasilkan khusus untuk remaja perempuan manakala suaminya, Tompkins menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran sehing?ga tercetusnya rekaan untuk lelaki dan wanita berkerjaya.


Kini jenama ini berkembang di hampir seluruh negara di dunia. Rekaan yang pada mulanya terhad semakin diminati ramai, memenuhi cita rasa semua golongan usia.



Sebagai tanda terima kasih dan sokongan kepada peminat, Esprit merasmikan pembukaan gedung kedua terbesar di Mid Valley Megamall, Lembah Klang, sekali gus melancarkan koleksi musim luruh dan sejuk 2011, baru-baru ini.



Koleksi Esprit kali ini bukan saja memberi tumpuan kepada perincian halus pada corak, tetapi juga mengamalkan gaya fesyen 50-an hingga 70-an yang semakin diminati ramai. Rekaan ini mengetengahkan unsur vintaj dan trendy bagi menonjolkan keperibadian seseorang.


Rekaan wanita menawarkan gaya feminin dengan himpunan ‘classy’ pada padanan skirt, seluar, blaus, kemeja dan jaket sama ada untuk gaya kasual atau sporty.
Setiap padanan tampil lebih moden menerusi potongan unik serta selesa.


Wanita akan tampil lebih bergaya walau di mana mereka berada. Bagi mereka yang ingin mewarnai gaya musim sejuk, tambahan ponco pada leher tampak lebih versatil.


Himpunan musim luruh dan sejuk didatangkan dalam pelbagai warna semula jadi seperti krim, coklat, kuning, hijau, khaki, hitam, putih dan kelabu dengan sedikit sentuhan rona segar yang pastinya memberikan impak menawan dan anggun kepada si pemakai.


Untuk kanak-kanak, rekaan sinonim dengan dewasa bagi memberikan imej moden dan bergaya sesuai cita rasa mereka. Himpunan terkini Esprit 2011 boleh didapati di semua rangkaian gedung beli-belah Esprit di seluruh negara.


View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: