Home > Sukan > Van Damme idola Loga

Van Damme idola Loga

LAKONAN mantap aktor berasal dari Belgium, Jean-Claude Van Damme menjadi pencetus buat R Loganeshaa Rao untuk membabitkan diri dalam sukan karate sejak 13 tahun lalu dan pengganti R Puvaneswaran itu tidak menoleh ke belakang sejak itu.

Filem ‘Bloodsport’ yang memaparkan aksi lasak dan lincah Van Damme mendorong anak muda berusia 23 tahun dari Klang itu, mencipta nama di peringkat antarabangsa termasuk temasya Sukan Sea 2011.
Sukan Sea juga pentas terbaik buatnya membuktikan keupayaan mengisi kekosongan ditinggalkan Puvaneswaran, jaguh karate negara yang sudah bersara dan meraih dua pingat emas Sukan Asia serta lima emas Sukan Sea.

“Minat saya bermula selepas menonton filem Van Damme dalam ‘Bloodsport’ ketika saya berusia 10 tahun. Saya sukakan caranya bertarung dan saya sudah menyaksikan hampir semua filem lakonannya.
“Tendangannya amat mengagumkan dan itulah sebabnya saya lebih banyak menggunakan kaki daripada tangan,” kata Loganeshaa, yang lebih senang dipanggil Loga saja.
Puvaneswaran kini menjadi penolong jurulatih dan memberikan banyak nasihat serta tunjuk ajar berguna kepada Loga yang akan turun bagi acara kumite bawah 55kg lelaki di Stadium Tenis Senayan, esok.

“Ini kali pertama saya bertanding dalam acara individu pada Sukan Sea selepas terbabit dengan pasukan kumite pada 2009 di Laos. Saya sudah bersedia secukupnya dan sedar ada tanggungjawab besar yang perlu dipenuhi.” Pingat emas acara kumite 55kg sering menjadi milik kontinjen Malaysia namun kali ini saingannya lebih terbuka.
“Lawan kami mungkin berfikir dengan ketiadaan Puvaneswaran ia memudahkan mereka untuk menang tapi saya mahu membuktikan mereka silap,” katanya yang memenangi pingat emas Terbuka Switzerland awal tahun ini dan gangsa pada Kejohanan Asia di China.

Pertandingan karate bermula hari ini dengan menawarkan enam pingat emas dan Malaysia mengintai pingat emas dalam acara kata individu lelaki menerusi juara Asia, Ricky Leong dan kumite 68kg ke atas wanita menerusi Jamalliah Jamaludin.

 

View the original article here

Categories: Sukan Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: