Home > Sukan > Ampunkan saya..

Ampunkan saya..

“MAAFKAN saya rakyat Malaysia,” itulah kata-kata pertama terluah dari mulut Jamalliah Jamaludin sebaik gagal mempertahankan pingat emas acara kumite 68kg ke atas wanita pada temasya Sukan Sea ke-26 di Jakarta, semalam.


Cabaran Jamalliah berakhir dalam tempoh 120 saat saja apabila dia kecundang 0-2 di tangan muka baru berusia 20 tahun dari Vietnam, Trang Thach Thi pada separuh akhir di Stadium Tenis Senayan.


Namun 60 saat pertama menjadi punca kekalahan Jamalliah yang kelihatan amat kecewa kerana tidak mampu memenuhi impiannya untuk melakar kemenangan hatrik selepas emas di Korat (2007) dan Vientiane (2009). Dia turut memenangi pingat perak pada penampilan sulungnya di Manila pada 2005.


“Selepas ketinggalan satu mata, saya terdesak dan mula kelam-kabut untuk mencari mata penyamaan. Sebenarnya, saya boleh memenangi pertarungan ini tapi kesilapan taktik selain kegopohan menyebabkan kekalahan ini.


“Saya tidak tertekan hinggalah dan saya rasa masih boleh mengejarnya. Saya terlalu kecewa dan memohon maaf kepada semua peminat dan rakyat Malaysia,” katanya yang sekadar membawa pulang pingat gangsa.


Jamalliah berpeluang menebus kegagalan itu dalam acara berpasukan selepas ini namun ia bergantung kepada keputusan jurulatih P Arivalagan yang jelas kecewa dengan persembahannya.

“Saya tidak tahu sama ada dia tertekan atau sebaliknya di arena. Saya tidak tahu apa punca persembahannya amat buruk dan mengecewakan.”


View the original article here

Categories: Sukan Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: