Home > Sukan > Bisa Suarez

Bisa Suarez

BUENOS AIRES: Juara Amerika Selatan, Uruguay membelasah Chile 4-0 dengan semua gol dijaringkan Luis Suarez, manakala skuad Argentina yang diketuai Lionel Messi sekadar seri 1-1 dengan Bolivia di laman sendiri dalam aksi kelayakan Piala Dunia semalam.


Juara Copa America, Uruguay mendahului kumpulan sembilan negara Amerika Selatan dengan tujuh mata hasil tiga perlawanan, diikuti Colombia, dengan baki satu perlawanan diikuti Argentina, Paraguay and Venezuela. Colombia mensia-siakan tiga mata di tempat sendiri apabila Venezuela menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir untuk seri 1-1 manakala Paraguay meraih kemenangan pertama, 2-1 di depan penyokong sendiri ke atas Ecuador. Pemain Uruguay, Suarez berkata sukar baginya membendung perasaannya apabila meledakkan empat gol.


“Anda rasa bagaikan mahu menangis, terlalu seronok,” katanya.


Penyerang itu meninggalkan padang pada minit ke-77 dan menerima tepukan gemuruh daripada penyokong Centenario di Montevideo. Suarez menjaringkan 16 gol buat Uruguay, kurang enam berbanding rekod dicatat penyerang Diego Forlan, yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan. Messi, yang tidak berdepan masalah untuk menyumbang jaringan Barcelona, perlu mencari jalan bagaimana untuk bekerjasama dengan rakan sepasukan di Argentina jika mahu mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.


“Kami tidak boleh mensia-siakan satu lagi mata, kami berang kerana mempunyai peluang tetapi tidak bernasib baik,” kata Messi.


Argentina lebih menguasai bola dan mempunyai peluang cerah tetapi dihadang dengan pertahanan rapi Bolivia. -Reuters


View the original article here

Categories: Sukan Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: