Home > Mutakhir > Kerajaan akan lancar program Laman Agro

Kerajaan akan lancar program Laman Agro

TAIPING: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melancarkan program “Laman Agro” bulan depan bagi menggalakkan masyarakat terutama di bandar supaya terbabit dalam kegiatan pertanian walaupun dengan kawasan tanah yang terhad untuk bercucuk tanam.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata kementerian mahu orang ramai terbabit sama dalam aktiviti pertanian dengan menggalakkan mereka ‘tanam apa yang dimakan, makan apa yang ditanam’ bagi mengurangkan penggantungan kepada bekalan makanan yang diimport.

“Mereka boleh menggunakan kaedah pertanian seperti seperti hidroponik untuk bercucuk tanam kerana masyarakat perlu sedar bahawa dunia dijangka mengalami krisis makanan pada 2050,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Agro Taiping di Taman Tasik Taiping di sini, malam tadi. Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, bagi memastikan usahawan industri kecil dan sederhana dalam bidang pertanian dapat kekal bersaing pada masa depan, mereka perlu menggunakan teknologi moden yang antaranya mencakupi produk baru, kaedah baru pemprosesan, pembungkusan, label yang menetapi kehendak undang-undang serta sijil kualiti bertaraf antarabangsa.

Katanya, usahawan industri asas tani perlu berubah dan dinamik dengan sentiasa mendapatkan maklumat dan kemahiran baru kerana ia boleh menjamin kelangsungan usahawan itu dalam perniagaan pertanian yang sangat mencabar. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: