Home > Setempat > Paip letup disangka gempa bumi

Paip letup disangka gempa bumi

JOHOR BAHRU: “Saya sangka berlaku gempa bumi apabila melihat sebahagian laluan tapak parkir meletup hingga mengakibatkan sebuah kereta Proton Saga beralih sebelum bunyi kuat,” kata penduduk di Jalan Mohd Taib, Wadihana, Syed Najib Syed Yassin, 46, semalam.


Peniaga itu berkata, kejadian aneh berlaku jam 7 pagi di sebuah parkir di depan sebuah kondominium di Wadihana ketika dia dalam perjalanan dari rumah ke sebuah kedai runcit untuk membeli sarapan.


Menurutnya, kejadian itu mengejutkan ratusan penduduk yang bimbangkan keselamatan keluarga masing-masing berikutan tapak terbabit biasanya menjadi tempat kumpulan pelajar menunggu bas sekolah.


Katanya, kejadian mengakibatkan sebahagian parkir itu merekah teruk, selain kereta Proton Saga mengalami kerosakan di bahagian bampar.


“Biarpun kejadian itu hanya membabitkan kerosakan sebuah kereta, kami bimbang ia berulang pada masa depan dan mengancam keselamatan penduduk,” katanya.


Sementara itu, penduduk, Syawal Armin, 30, berkata orang ramai percaya kejadian itu ada kaitan dengan kerja penyelenggaraan paip yang dijalankan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings, kelmarin.

“Mungkin letupan itu berpunca daripada tekanan paip air dan diharap SAJ segera mengambil tindakan sesuai dengan bagi mengelak kejadian lebih serius berlaku.


“Kami bimbang ia berulang pada masa depan dan boleh mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAJ, Jamaluddin Jamil berkata, pihaknya menjalankan kerja penyelenggaraan di kawasan itu beberapa hari lalu dan letupan berkenaan disebabkan oleh penutup paip yang terbuka.


Katanya, punca penutup terbuka disebabkan angin dari penutup terbabit sehingga mengakibatkan tekanan kuat, menyebabkan letupan hingga menjadikan jalan merekah.


“Ini kejadian pertama dan siasatan akan dijalankan. kita berharap penduduk tidak bimbang sementara tindakan sesuai dilakukan dan pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan boleh datang ke pejabat SAJ untuk tindakan susulan,” katanya.


View the original article here

Categories: Setempat Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: