Home > Mutakhir > Pemimpin TPP bersetuju penyelesaian perjanjian umum Julai 2012

Pemimpin TPP bersetuju penyelesaian perjanjian umum Julai 2012

HONOLULU: Sembilan pemimpin Perkongsian Trans Pasifik (TPP) bersetuju perjanjian umum teks bagi perjanjian perdagangan bebas diselesaikan pada Julai 2012.

Presiden AS Barack Obama, yang membuat pengumuman itu di sini, semalam, selepas menganjurkan mesyuarat pemimpin TPP yang julung-julung kalinya diadakan berkata, perjanjian itu akan menjamin kemakmuran bagi rantau ini dengan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan lebih meluas lagi serta meransang eksport dan mewujudkan peluang kerja dalam ekonomi anggota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi segera beliau kepada perkara itu berkata, untuk memenuhi tempoh akhir mesyuarat terbabit memerlukan usaha yang amat besar dan hala tuju yang sangat jelas perlu diberikan kepada perunding dan sumber-sumber dari segi keperluan belanjawan. “Ini penting bagi memastikan proses akan mempunyai momentum yang mencukupi untuk mencapai tempoh akhir 2012,” kata beliau kepada pemberita Malaysia sejurus selepas menghadiri mesyuarat itu.

“Saya menekankan dalam pendapat saya bahawa beberapa perkataan operatif penting termasuk fleksibel, realistik dalam mengambil kira keperluan domestik kita, tahap pembangunan yang berbeza dan tahap keutamaan domestik yang berbeza.

“Ini adalah perkara yang sangat penting untuk disedari oleh sembilan negara anggota dalam usaha mencapai dan mempercepatkan jadual program,” kata Najib yang menyifatkan tempoh akhir Julai 2012 sebagai satu yang agak mencabar tetapi mampu dicapai. – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: