Home > Setempat > Penderitaan konstabel

Penderitaan konstabel

KUANTAN: “Dia mungkin terpaksa menggunakan tempurung kepala palsu jika tempurung kepalanya yang asal tidak lagi boleh digunakan,” kata Siti Rohana Ngah, 28, menceritakan penderitaan ditanggung adiknya yang juga anggota polis, Konstabel Rizwan Ngah, 23.


Rizwan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kini terlantar di kediaman keluarganya di Indera Mahkota Dua, di sini, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas pada 29 Oktober lalu yang mengakibatkan sebahagian tempurung kepala sebelah kirinya terpaksa dibuka akibat pendarahan dalam otak.


Siti Rohana berkata, enam bulan akan datang, adiknya perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekali lagi untuk memastikan sama ada tempurung kepalanya masih boleh disambung atau tidak.


“Menurut pihak hospital, jika tempurung kepalanya tidak boleh lagi disambung, ia perlu diganti dengan tempurung palsu,” katanya ketika menerima lawatan daripada Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani di kediaman mereka di sini, semalam.


Menceritakan semula kejadian, Siti Rohana berkata, sebelum insiden, adiknya baru keluar daripada pejabatnya di IPK Kuala Lumpur kerana mahu pulang ke rumah sewanya di Ampang dengan membonceng motosikal yang ditunggang rakannya.


“Ketika keluar daripada kawasan IPK Kuala Lumpur, sebuah kereta di belakangnya meluncur laju dan perkara itu disedari rakannya yang kemudian terus melompat daripada motosikal dinaiki, namun Rizwan tidak sempat berbuat demikian menyebabkannya dirempuh kereta berkenaan.

“Dia kemudian dikejarkan ke HKL untuk rawatan sebelum doktor mengesahkan berlaku pendarahan dalam otaknya dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuka sebahagian tempurung kepalanya,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.


Katanya, kejadian itu juga menyebabkan perubahan mendadak pada sikap adik lelakinya yang kadangkala seperti keanak-anakan selain emosinya sering terganggu, namun dia tetap reda dengan nasib yang menimpa.

Terdahulu, Sharifuddin turut menyampaikan sumbangan kerusi roda, tongkat, beras serta barangan makanan kesihatan tambahan kepada Rizwan pada program anjuran Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) itu.


Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh berkata, pihaknya sering menjalankan aktiviti kebajikan malah sejak pertubuhan ditubuhkan, 400 individu dan keluarga diberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan, kerusi roda serta barangan dapur.


“Pada program hari ini, empat keluarga akan dilawati dan diberikan sumbangan iaitu di Beserah, Balok Makmur dan Chendor,” katanya. 

View the original article here

Categories: Setempat Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: