Home > Setempat > Rahsia kurangkan kolesterol

Rahsia kurangkan kolesterol

KUALA LUMPUR: Seramai 30 peserta Cabaran Kolestrol 30 hari Nestle Omega Plus (NOP) berjaya menurunkan tahap kolesterol yang dikehendaki dalam tempoh sebulan demi mendapatkan kualiti hidup lebih sihat dan terjamin.


Program diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia itu hasil kerjasama Nestle dan The New Straits Times (M) Press (NSTP) bermula bulan Oktober lalu dan berakhir 2 November lalu. Sepanjang cabaran berkenaan, setiap peserta dibekalkan NOP untuk sebulan, selain tips pemakanan dan senaman.


Pemenang utama cabaran itu, Shaidah Shafie yang juga wartawan Berita Harian berkata, sememangnya banyak cabaran perlu ditempuh sebelum berjaya menurunkan kolesterol sebanyak 38.9 peratus.


“Saya tidak menyangka menjadi pemenang utama namun bersyukur kerana badan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Bukan mudah sebab saya suka memasak dan membuat pelbagai jenis kuih serta kek.


“Saya juga suka menjamu kawan setiap kali mereka bertandang ke rumah. Meskipun begitu, saya menetapkan disiplin terhadap diri sendiri, misalnya mengawal pemakanan dan banyakkan mengambil sayuran hijau dan buah-buahan, selain mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan,” katanya sewaktu ditemui di Balai Berita, semalam.


Bagi Zul Hasnizam Abdul Hamid, kesedaran terhadap penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu dunia menjadi iltizam buat dirinya menyertai cabaran ini. Dengan pengurangan sebanyak 22.5 peratus, dia berasa usahanya selama ini berbaloi.

“Selepas mengambil keputusan menyertai program ini, isteri saya paling kuat menyokong serta banyak membantu menjayakan misi mengurangkan kolesterol. Saya juga hanya mengambil makanan rebus serta mengelak makanan manis selain bersenam tiga kali seminggu.


“Saya turut mengikut saranan diberikan iaitu meminum dua gelas susu NOP setiap hari iaitu pagi dan malam. Sebenarnya kemenangan bukan matlamat utama kerana kesihatan lebih penting,” katanya.


View the original article here

Categories: Setempat Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: