Home > Setempat > Sambutan hangat

Sambutan hangat

KUALA LUMPUR: Orang ramai menyerbu pejabat The New Straits Times Press (NSTP) di Johor Bahru, Kuantan dan Balai Berita, di sini untuk mendapatkan tiket masuk percuma ke Taman Tema Bukit Gambang di Kuantan, seawal jam 9 pagi semalam.


Sambutan hangat orang ramai itu menyebabkan tiket yang diedarkan secara percuma di Johor Bahru habis.


Di Balai Berita, sebanyak 4,000 sudah diedarkan manakala di Kuantan, sebanyak 6,000 diedarkan.


Sehingga jam 5 petang semalam, sebanyak 30,000 tiket diedarkan daripada jumlah keseluruhan 50,000 tiket yang disediakan.


Tiket boleh diperoleh lagi hari ini di pejabat NSTP di Alor Setar, Prai, Kuantan dan Balai Berita.


Bagi mendapat tiket, pembaca perlu mengumpul 10 keratan kepala akhbar Harian Metro dan menebus empat tiket di mana-mana pejabat NSTP di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Pemegang tiket percuma yang tidak sempat menebus tiket sehingga 30 November ini masih boleh mendapat diskaun dengan hanya perlu membayar RM19.50 bagi satu tiket bermula 1 Disember hingga 28 Februari tahun depan.


Taman Tema Bukit Gantang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandar Kuantan terkenal dengan pembinaannya yang berkonsepkan resort bandar integrasi.

Tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dan hiburan untuk semua.


View the original article here

Categories: Setempat Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: