Home > Mutakhir > Sazali gagal pertahan gelaran Mr Universe

Sazali gagal pertahan gelaran Mr Universe

MELAKA: Juara Mr Universe enam kali, Sazali Abdul Samad gagal mempertahankan gelaran itu buat kali ketujuh pada kejohanan Bina Badan Dunia yang berlangsung selama dua hari di sini, malam tadi.

Sazali, juara Mr Asia sebanyak tujuh kali itu hanya mampu meraih tempat kelima.

Beliau dikalahkan oleh atlit bina badan dari Iran, Moharam Panahi. Seorang lagi ahli bina badan negara, Wong Hong beraksi cemerlang apabila menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, Sazali merangkul emas dalam kategori lightweight 70 kilogram dengan mengumpul 10 mata.

“Walaupun berada di tempat kelima, saya berasa bangga kerana masih mampu dan boleh capai ke tahap ini dan masih lagi boleh mengekalkan perjuangan untuk meraih tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di Jonker Walk di sini.

Atlet dari Qatar, Kamal Abdul Salam menduduki tempat kedua dan Abbolfazi Nadivi dari Iran di tempat keempat.
Sazali, anggota polis berpangkat sarjan mejar berusia 44 tahun itu memenangi kejuaraan Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007, 2009 dan 2010.

Beliau menjadi juara Mr Asia sebanyak tujuh kali (1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010) dan dua kali memenangi Kejohanan Persekutuan Bina Badan Dunia (2009 and 2010).

Sementara itu, Wong Hong berkata, kejayaan pertama beliau itu adalah satu kenangan paling manis selepas 22 tahun menceburkan diri dalam sukan bina badan.

Katanya, cabaran yang dihadapi dalam kejohanan terbabit amat hebat di mana persaingan antara atlet yang mengambil bahagian sangat sengit.

“Persaingan kali ini sangat hebat terutamanya atlet dari Iran dan Eropah dan saya tidak sangka akan berjaya menyaingi mereka kerana harapan saya hanya akan memperoleh tempat kelima,” katanya.

Malaysia menduduki tempat kedua dalam kejohanan itu dengan mengumpul 102, Iran menduduki tempat kedua dengan 106 mata dan Thailand di tempat ketiga dengan mengumpul 42 mata.

Lebih 80 peserta dari 38 negara menyertai kejohanan itu.

Selain itu, Sazali dan Wong Hong bakal menyertai kejohanan Pro Amateur Klasik yang akan berlangsung di Singapura pada 16 November ini. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: