Home > Mutakhir > JAKIM badan tunggal pensijilan halal untuk elak kekeliruan

JAKIM badan tunggal pensijilan halal untuk elak kekeliruan

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januari tahun depan bagi mengelak kekeliruan orang Islam terhadap logo halal yang dikeluarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, sehubungan itu, Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM akan memikul tanggungjawab menguruskan hal berkaitan logo halal.

“Tujuan kita untuk mengelak daripada pengalaman yang kita lalui dan sekarang kita ada tujuh pihak mengeluarkan sijil halal ini, dan (ada antara) mereka tidak bertanggungjawab,” katanya selepas Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Kota Sarang Semut, hari ini. Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Teh Kee Sin yang mendakwa industri makanan serta perkilangan akan terjejas jika JAKIM menjadi badan pensijilan halal tunggal di negara ini.

Teh menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan itu dan mengkaji kemungkinan memilih lebih daripada satu badan pensijilan sijil halal sebagai alternatif dalam pengeluaran sijil berkenaan.

Jamil Khir berkata, syarikat yang dilantik lebih mementingkan keuntungan berbanding Jakim dan Main, yang mengutamakan kepentingan masyarakat Islam serta menitiberatkan soal halal.

“Di seluruh Malaysia, kita ada 14 negeri iaitu akan ada 14 Majlis Agama Islam Negeri, dan ada 15, termasuk Jakim, pihak yang akan tetapkan logo halal tetapi di sini, logo halalnya kita akan satukan,” katanya.
Beliau berkata, andaian bahawa Jakim cuba memonopoli pengeluaran sijil halal serta mampu memberi impak negatif terhadap operasi PKS di Malaysia adalah satu salah faham.

Katanya, seramai 62 pegawai di bahagian penguatkuasaan dilatih bagi mengendalikan tugas secara efisien.

Jamil Khir juga berkata, JAKIM mempunyai persiapan rapi bagi melaksanakan prosedur pengeluaran sijil halal, termasuk makmal halal untuk memulakan operasi pada 1 Januari ini. – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: