Home > Mutakhir > Komuter Pelabuhan Klang-Batu Caves tergendala akibat gerabak terbakar

Komuter Pelabuhan Klang-Batu Caves tergendala akibat gerabak terbakar

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter KTM Bhd sektor Pelabuhan Klang-Batu Caves tergendala seketika pagi ini akibat kebakaran kecil di bahagian bawah gerabak.

Kebakaran gerabak itu dikesan pada kira-kira jam 7.32 pagi ketika tren terbabit

menghampiri stesen Sentul di sini. KTM segera menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Sentul sebaik sahaja menyedari kejadian itu dan kebakaran tersebut dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.
Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTM, Mohd Fazil Ismail berkata, KTM memindahkan penumpang ke tren yang lain selepas kejadian itu.

“Waktu kejadian penumpang tidak ramai dan ini memudahkan kita untuk memindahkan mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Perkhidmatan KTM juga tidak terjejas sepenuhnya kerana ia hanya membabitkan satu laluan sahaja dan ia tergendala sekejap sebab mengambil masa untuk memindahkan penumpang dan memadam kebakaran.
Mohd Fazil berkata, perkhidmatan tren laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves kini kembali beroperasi sepenuhnya.

“Tren yang mengalami kerosakan itu ditunda ke depoh KTM,” katanya.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: