Home > Mutakhir > Pergerakan Yayasan Kesederhanaan Global dilancar Januari depan

Pergerakan Yayasan Kesederhanaan Global dilancar Januari depan

HONOLULU: Pergerakan Yayasan Kesederhanaan Gobal akan dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur, Januari tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, penubuhan pergerakan itu amat tepat dengan masanya iaitu ketika sokongan antarabangsa terhadap kesederhanaan semakin meningkat momentumnya dalam menghadapi tindakan puak pelampau di seluruh dunia.

Yayasan itu akan dilancarkan pada persidangan antarabangsa pertama mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global di Kuala Lumpur dari 17 hingga 19 Januari tahun depan, kata Perdana Menteri ketika berucap di East-West Center di sini, kelmarin. “Inilah masanya untuk kita, golongan majoriti yang cintakan keamanan dn kesederhanaan, untuk menuntut kembali kedudukan kita yang sebenar,” kata beliau di hadapan kira-kira 200 jemputan antarabangsa.

Sambil menggesa masyarakat antarabangsa supaya menyatakan dengan tegas pendirian mereka dalam menentang tindakan pelampau, Najib berkata: “Kita perlu pastikan suara kita didengari – bukan saja suara umat Islam yang bersikap sederhana, tetapi juga suara penganut agama Kristian, Hindu, Yahudi dan ateis yang berpendirian sederhana.” – BERNAMA

View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: