Home > Mutakhir > Warga kementerian juga perlu istirahat

Warga kementerian juga perlu istirahat

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pelajaran yang memikul tugas berat dalam bidang pendidikan perlu juga beristirahat bagi mengurangkan tekanan akibat bebanan kerja, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika merasmikan Hari Bersama Warga Kementerian Pelajaran 2011 di Serdang dekat sini, hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, waktu istirahat perlu dimanfaatkan warga kementerian sebelum kembali menjalankan tugas masing-masing.

“Warga Kementerian Pelajaran begitu besar, setakat ini kita ada lebih 500,000 orang memikul tugas dalam bidang pendidikan yang amat penting bagi negara kita, jadi ini semua tanggungjawab amat besar kepada kita. “Tetapi kita sebagai manusia, kena beristirahat kerana pemikiran dan tubuh badan kita ada had dan batasan untuk tanggung tekanan kerja kita, hal sebegini kita perlu ambil serius,” katanya.

Muhyiddin berkata, hubungan kekeluargaan yang baik antara ibu bapa dan anak di rumah mampu memberikan suasana yang tenteram serta aman sesuai untuk istirahat bagi meningkatkan produktiviti kerja.

“Produktiviti yang kita harap dapat kita curah dalam kerja kita tertakluk kepada suasana di rumah sesama keluarga juga hubungan baik dengan ibu bapa dan anak.

“Ini waktunya kita beristirahat kerana selepas ini kita akan kembali semula kepada tugas masing-masing,” katanya.
Muhyiddin yang tiba seawal jam 8 pagi ke majlis itu turut beramah mesra dan bersenamrobik bersama kira-kira 3,000 orang warga kementerian itu.

Selepas merasmikan majlis itu beliau meluangkan masa melihat pertandingan mewarna kanak-kanak dan mencuba permainan seperti boling buah kelapa, ‘golf putting’ dan ‘paintball’ selain melawat gerai pameran dan beramah mesra dengan empat kanak-kanak kurang upaya pembelajaran di gerai Bahagian Pendidikan Khas.

Muhyiddin dan isterinya Puan Seri Noorainee Abdul Rahman yang turut hadir juga menunjukkan bakat memasak asam pedas Muar ikan merah.

Pasangan itu yang mengambil masa kira-kira 30 minit memasak asam pedas itu mendapat sorakan serta tepukan gemuruh daripada mereka yang menyaksikan acara itu.

Setelah selesai dimasak, pelawak terkenal Abon kemudiannya mengumumkan bahawa asam pedas itu akan dilelong bermula dengan harga RM100 untuk tabung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Kementerian Pelajaran.

Pengerusi Puspanita Kementerian Pelajaran, Datin Rohana Abdullah memenangi lelongan itu dengan harga RM600. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: