Archive

Archive for the ‘Fakta Dan Auta’ Category

Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi

November 13, 2011 Leave a comment

“Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik,” kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api.


“Konco-konco Gaddafi boleh datang bila-bila masa, saya bersedia mempertahankan diri sendiri dan rumah kami jika perlu,” katanya lagi.


Pelatih sukarelawan di pusat latihan ketenteraan itu berkata, mereka berasa sangat tidak berdaya ketika pergerakan menumbangkan pemerintahan Gaddafi terutama apabila mendengar berita ada wanita dirogol oleh askar. Kini mereka tidak mahu lagi duduk diam, sudah sampai masa untuk menunjukkan bahawa wanita juga boleh melindungi keluarga.


Sekurang-kurangnya 200 wanita sudah berjaya menamatkan program latihan itu sejak ia dimulakan di Kawasan Ketenteraan Teknikal Benghazi hujung Mac lalu. Mereka diberikan pilihan menyertai Pasukan Keselamatan Kebangsaan yang beroperasi seperti Pengawal Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat dan membenarkan wanita berkenaan bergerak di kawasan sendiri. Belum ada cadangan untuk menghantar tentera wanita ini ke barisan hadapan pertahanan negara.



Satu unit yang dianggotai 20 tentera wanita tidak bersenjata bertugas ketika Perdana Menteri British, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy melawat Benghazi bulan lalu dan memberikan ucapan di depan ramai penduduk Libya.



Pasukan keselamatan wanita itu berdiri memerhatikan dan mencari wanita yang mencurigakan kerana bimbang jika ada penyerang yang menyamar dengan memakai pakaian perempuan.


Menurut komander tentera di Benghazi, Abdul Basit Haron, pejuang revolusi termasuk wanita akan menerima sekali bayaran berjumlah RM15,000. Pembabitan wanita dalam ketenteraan sangat penting kerana ia boleh membangkitkan dan menguatkan semangat tentera.


Ini kerana wanita berasa mereka diketepikan dan sanggup datang ke sini untuk membuktikan bahawa mereka setanding dengan lelaki. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia keberanian dan sikap terbuka penduduk Libya.


Sebenarnya peranan wanita masih menjadi isu sensitif di negara Islam konservatif itu. Malah, sepanjang pemerintahan Gaddafi, polisi yang dibentuk bertujuan memecahkan pantang larang turun temurun mengenai pekerjaan wanita dan status mereka. Gaddafi sendiri melantik pengawal peribadi wanita tetapi peluang yang diberikan untuk wanita mengisi jawatan di dalam kerajaan masih sangat terhad.


Tentera wanita adalah satu perkara yang sangat asing di kebanyakan negara Arab tetapi kini ia menjadi pemandangan biasa di Libya. Di mana-mana ada saja tentera wanita beruniform, bertudung, bercermin mata hitam dan bermekap tebal mengawal bandar. Satu kumpulan wanita dilaporkan mempunyai pusat soal siasat sendiri bagi menahan aktivis antiGaddafi.


Kolonel Sabriya Mohammed al-Shraidi, anak kelahiran Benghazi yang menamatkan pelajaran di sekolah ketenteraan pada 1986 dan kini berada


di unit penyiasatan tentera berkata, lapan pegawai ditugaskan melatih 36 sukarelawan – iaitu kumpulan keempat yang akan tamat latihan tidak lama lagi.


“Kebanyakan wanita ini adalah suri rumah dan ada yang bekerja. Mereka tiada pengalaman dalam ketenteraan dan tidak tahu bagaimana menggunakan senjata. Jadi mereka datang ke sini untuk menjalani latihan, jika perlu mempertahankan diri sendiri dan anak-anak. Kita tidak tahu bila kemahiran ini diperlukan, segala-galanya boleh terjadi,” katanya.


Pelatih tentera ini diberikan pelbagai latihan menggunakan semua jenis senjata ringan dan ilmu mempertahankan diri. Mereka yang diberikan latihan ini akan membantu menjaga keselamatan ketika demonstrasi, di bank dan institusi lain.


“Ramai orang anggap wanita tidak elok masuk tentera. Anggapan ini salah. Ramai wanita terbabit dalam bantuan kemanusiaan dan penyeludupan senjata api untuk pemberontak dengan menyembunyikan senjata dalam jubah mereka.


“Sebenarnya wanita sudah banyak memberi sumbangan dalam revolusi ini melalui pelbagai cara. Tetapi mereka masih dipinggirkan dan diketepikan. Kini sudah ada peluang untuk kami menunjukkan sumbangan secara terang-terangan, tiada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi tentera. Masyarakat sekarang bukan lagi seperti zaman Gaddafi dulu yang memandang rendah wanita yang masuk tentera,” katanya.


Wafa al-Rayth, 29, suri rumah, berkata dia menyertai program ketenteraan itu untuk menunjukkan pada dunia bahawa wanita Libya berupaya berganding bahu dengan lelaki dalam menjaga keamanan negara.


“Sudah sampai masa kami membantu meluaskan keamanan dan mengawal negara, terutama dalam tradisi kami yang memerlukan wanita mengawal tempat perjumpaan wanita dan memeriksa beg mereka bagi memastikan tiada lelaki menyamar untuk melakukan jenayah,” katanya.


Bagi jurutera berusia 20 tahun, Lameis Aghnaish, dulu ketika era Gaddafi dia cuba berhijrah ke negara lain tetapi kini dia bangga tinggal di Libya.


“Dulu hidup kami sangat susah, sebab itulah saya mahu berhijrah. Masa itu saya tidak rasa sayang pun pada negara, tetapi keadaan kini sudah berubah. Saya sanggup mati demi negara ini. Saya akan kembali bekerja selepas keadaan kembali aman. Apa yang penting kini ialah memastikan negara aman dan selamat,” katanya. – AP


View the original article here

Argan bukan minyak sembarangan

November 12, 2011 Leave a comment

SECRETLEAF International Sdn Bhd adalah syarikat pertama membawa masuk argan, iaitu ‘minyak yang boleh dimakan paling mahal di dunia’.


Produknya, Pure Oil Series 01 (POS01) dengan 100 peratus minyak argan asli memberi manfaat kepada pengguna di negara ini.


Kelebihan minyak argan turut digunakan syarikat komestik antarabangsa lain, tetapi Secretleaf International mengekal?kan POS01 satu-satunya produk yang hanya mengandungi minyak argan tanpa pengawet, pewarna, pewangi atau mana-mana ramuan lain.


Ia mengekalkan bau yang sama seperti yang anda boleh peroleh apabila melawat negara asal pengeluar.



Minyak argan adalah minyak yang dikeluarkan daripada pokok argan yang hanya didapati di Maghribi, utara Afrika.



Zoubida Charrouf, ahli kimia dan pengkaji di Universiti Mohammed V, Maghribi yang membuat kajian mengenai argan mengakui, minyak itu membantu menyerlah rahsia kecantikan dan kesihatan wanita.


Minyak argan kaya dengan Omega 3, 6 dan 9, Vitamin E dan A serta antioksida yang baik untuk antipenuaan.


Kajian klinikal Zoubida turut mendapati lelaki yang meminum 25ml minyak argan setiap hari dapat merendahkan kandungan kolesterol buruk dan menaikkan tahap kolesterol baik dan Vitamin E.


Begitu juga kajian yang dibuat terhadap wanita yang menopaus, menghasilkan keputusan yang sama.


Malah, Zoubida mendapati kandungan kelembapan bertambah dan terdapat kekura-ngan pada kedutan berbanding sebelumnya.


Seorang pengguna, Nur Ainatul Mardhiah Salleh, berkata dia menggunakan minyak itu untuk merawat jerawat di muka.


“Selepas beberapa kali meng?gunakan POS01 bersama sabun Secretleaf, saya mendapati parut jerawat yang kehitaman dan seakan-akan kudis menjadi pudar serta hilang,” katanya.


Bagi Nur Atiqah Md Adnan, 25, dari Kuala Lumpur, dia baru sebulan menggunakan Pure Oil 01 dan Mosturizing Facial Soap dan mendapati kulitnya lebih anjal dan cerah.


“Malah, kesan jerawat dan jeragat hilang. Kulit lebih bersih dan licin,” katanya.


Selain membantu pengguna kelihatan anggun, produk Secretleaf International
turut memberi pendapatan tambahan kepada orang ramai.


Bagi Kelly Wong daripada Petaling Jaya, dia jatuh hati dengan Pure Oil 01 kerana minyak itu membuat kulitnya cerah and licin.


Maklumat lanjut, layari laman http://www.facebook.com/mysecretleaf untuk
melihat testimoni dan kegembiraan mereka yang menggunakan produk kami atau hubungi 016-2273815/3817/3832, 016-6626604 atau talian bebas tol 1800-88-3818 (Isnin-Jumaat 10 pagi-5 petang). Produk Secretleaf dijual di semua cawangan rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi Multicare, Farmasi Healthlane dan Farmasi Ehsan (Pantai Timur), selain di farmasi bebas di seluruh negara.


View the original article here

Beli coli seperti pilih suami!

November 12, 2011 Leave a comment

PENJAGAAN pakaian dalam khususnya coli belum dianggap penting. Kebanyakan wanita lebih gemar membasuh coli dengan sabun basuh kain dan pelembut fabrik bagi mendapat?kan kesan lebih lembut serta berbau harum.


Namun, penggunaan pelembut pakaian dan sabun basuh kain yang kuat untuk menanggalkan kotoran akan menyebab?kan fabrik mudah reput.


Ia bertambah buruk apabila ada yang gemar membasuh coli dengan mesin basuh kerana menganggapnya lebih mudah. Kesannya, besi pada bahagian bawah coli akan berubah bentuk menyebabkan ia tidak lagi selesa dan sesuai dengan payudara.


Menurut Penasihat dan Pengurus Runcit Lingerie, Elena Cui, wanita yang gemar menjemur coli di bawah cahaya matahari terik akan menyebab?kan fabrik nampak pudar dan tidak menarik.



“Ini kerana sinaran cahaya matahari yang kuat mampu membuatkan warna fabrik mudah luntur ditambah penggunaan sabun basuh kain bersama pelembut.



“Mungkin ramai wanita yang tahu kesannya, tetapi me?ngambil mudah penjagaan coli menyebabkan ia hanya boleh dipakai dalam tempoh singkat selain bentuknya juga berubah jika menggunakan coli yang mempunyai besi.


“Hanya amalkan cara mudah bagi menjaga bentuk dan fabrik pakaian dalam agar kesihatan payudara sentiasa terpelihara di samping memberikan keselesaan berpanjangan ketika memakainya.


“Antara cara praktikal boleh dilakukan adalah menjemurnya di tempat yang redup dan hindari daripada sinaran kuat matahari. Selain itu, terdapat beberapa kaedah terbaik untuk menjemurnya.


“Pakaian dalam itu tidak boleh dijemur dengan menggantung menggunakan tali ketika basah kerana ia akan menyebabkan sifat anjal padanya akan hilang.


“Jika kaedah menjemur salah, ia akan menyebabkan coli tidak lagi selesa dipakai dan longgar,” kata Elene yang dijemput khas dari Beijing, China bagi menunjukkan cara pemilihan coli yang betul kepada pengguna Aimer di Malaysia.


Katanya, bukan hanya dilihat pada faktor penjagaan, pemilihan yang betul juga perlu diambil perhatian bagi memberi penjagaan sempurna terhadap payudara agar sentiasa sihat dan cantik.


“Kebanyakan wanita memilih coli berdasarkan warna. Perlu diingat membeli coli adalah seperti memilih seorang suami.


“Kita perlu tahu saiz dan kesesuaian bentuk payudara bagi menjaga kesihatan dan peredaran darah di sekelilingnya agar sentiasa kelihatan cantik serta menarik.


“Wanita harus sedar setiap coli dibuat mengikut perbezaan saiz dan rekaan kerana masing-masing mempunyai bentuk badan berbeza.


“Bagi kami, menghasilkan coli bukan mudah kerana untuk menyiapkan setiap coli yang sempurna ia memerlukan 50 hingga 80 ukuran mangkuk coli dengan menggunakan model dipilih.


“Kami tidak menggunakan model patung supaya dapat memenuhi saiz dan sokongan sebenarnya yang diperlukan kerana setiap wanita mempunyai bentuk serta ukuran payudara berbeza,” katanya yang hadir sempena menyambut ulang tahun pertama Aimer di Parkson 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Katanya, semua koleksi Aimer 2011 direka berdasarkan konsep menggoda mengambil inspirasi daripada tema kasih sayang dan kecantikan bagi menyampaikan mesej melalui produk pakaian dalam wanita yang bermutu.


Rekaannya dipengaruhi gaya elegan paduan budaya Timur dan Barat bagi memberi kesempurnaan kepada sesiapa yang memakainya.


Sementara itu, sebahagian pekerja ketiga-tiga cawangan?nya di Sunway Pyramid, Parkson Bandar Utama dan Gurney Plaza Pulau Pinang akan dihantar ke Beijing bagi mendapatkan latihan mengenai coli bagi memberi khidmat nasihat berguna kepada pelang?gannya di Malaysia.


View the original article here

POS01 memang minyak terbaik

November 12, 2011 Leave a comment

SECRETLEAF International Sdn Bhd adalah syarikat pertama membawa masuk argan, iaitu ‘minyak yang boleh dimakan paling mahal di dunia.’


Produknya, Pure Oil Series 01 (POS01) dengan 100 peratus minyak argan asli memberi manfaat kepada pengguna di negara ini.


Kelebihan minyak argan turut digunakan syarikat komestik antarabangsa lain, tetapi Secretleaf International mengekalkan POS01 satu-satunya produk yang hanya mengandungi minyak argan tanpa pengawet, pewarna, pewangi atau mana-mana ramuan lain.


Ia mengekalkan bau yang sama seperti yang anda boleh dapati apabila melawat negara asal pengeluar.



Minyak argan adalah minyak yang dikeluarkan daripada pokok argan yang hanya didapati di Maghribi, utara Afrika.



Zoubida Charrouf, ahli kimia dan pengkaji di Universiti Mohammed V, Maghribi yang membuat kajian mengenai argan mengakui, minyak itu membantu menyerlah rahsia kecantikan dan kesihatan wanita.


Minyak argan kaya dengan Omega 3, 6 dan 9, Vitamin E dan A serta antioksida yang baik untuk antipenuaan.


Kajian klinikal Zoubida turut mendapati lelaki yang meminum 25ml minyak argan setiap hari dapat merendahkan kandungan kolesterol buruk dan menaikkan tahap kolesterol baik dan vitamin E.


Begitu juga kajian yang dibuat terhadap wanita yang menopaus, ia menghasilkan keputusan yang sama.


Malah, Zoubida mendapati kandungan kelembapan bertambah dan terdapat kekurangan pada kedutan berbanding sebelumnya.


Bagi Nur Ainatul Marhiah Salleh, dia berpuas hati dengan produk keluaran Secretleaf itu.


“Saya mempunyai kulit berjerawat berserta parut, tetapi selepas menggunakan kombinasi sabun dan POS01, parut jerawat yang kehitaman menjadi pudar dan kudis hilang,” katanya.


Manakala, Nur Atiqah Md Adnan, 25, dari Kuala Lumpur, berkata dia baru sebulan menggunakan Pure Oil 01 dan Mosturizing Facial Soap.


“Mulanya, ibu dan adik lelaki menggunakan produk itu dan selepas melihat perubahan terhadap tekstur kulit mereka, saya tertarik mencuba.


“Memang benar, selepas meng?gunakan, kulit saya lebih anjal dan cerah dan bersih dari jerawat,” katanya.


Bagi Kelly Wong dari Petaling Jaya, Selangor dia menggunakan produk Secretleaf kerana ia bebas dari bahan kimia.


“Kulit saya lebih cerah dan licin,” katanya.


Sertai kami di http://www.facebook.com/mysecretleaf untuk melihat testimoni dan kegembiraan mereka yang menggunakan produk kami atau hubungi 016-2273815/3817/3832, 016-6626604 atau talian bebas tol 1800-88-3818 (Isnin-Jumaat 10 am – 5 pm) untuk maklumat lanjut.


Produk Secretleaf dijual di semua cawangan rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi Multicare, Farmasi Healthlane dan Farmasi Ehsan (pantai timur), selain di farmasi bebas di seluruh negara.


View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: , , ,

Persiapan masuk alam remaja

November 12, 2011 Leave a comment

ANDA sudah bersedia dengan program untuk anak sempena cuti persekolahan akhir bulan ini?


Apa perancangan anda bagi mengelak mereka terperap di rumah atau membuang masa di luar tanpa perkara berfaedah?


Kaedah terbaik mengisi masa anak antaranya dengan menghantar mereka menghadiri program kem motivasi yang padat program ilmu dan membina jati diri.


Human Capital Development Services, syarikat yang mengendalikan latihan motivasi kerohanian menganjurkan kem motivasi secara holistik untuk pelajar sekolah rendah tahun empat hingga 15 tahun, awal Disember ini.



Pengarahnya, Shaharul Ridzuan Shamsuddin berkata, program itu bertujuan membentuk hala tuju dan jati diri anak yang bakal memasuki alam remaja.



Beliau berkata, dengan modul program holistik ini merangkumi solat, motivasi kerohanian, pembelajaran serta pembentukan akhlak, ia akan memberi input tambahan ke arah pembesaran menjadi remaja kamil.


“Bagi memastikan kualiti pelajar diberi perhatian sepenuh–nya, kami akan mengehadkan pengambilan peserta.


“Malah, bagi meningkatkan kemahiran peserta, program ini menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris,” katanya.


Katanya, fasilitator yang akan menerajui program ini terdiri daripada dua pendakwah muda iaitu Muhammad Nadzrie Abbas dan Muhammad Syibli Husin.


Kedua-dua pendakwah muda itu memiliki ijazah dalam pengajian Islam dari universiti tempatan dan luar negara.


“Kami sengaja memilih ustaz yang berusia muda bagi disesuaikan dengan usia peserta antara 10 hingga 12 tahun.


“Ini memudahkan peserta menyesuaikan diri dan terlalu takut atau segan untuk bergaul sepanjang program motivasi ini,” katanya.


Program motivasi itu lebih menarik dan ceria dengan jemputan istimewa, Cikgu Syida yang terkenal di laman YouTube.


Selain terkenal dengan aksi miming, Cikgu Syida adalah guru bahasa Inggeris berkaliber di sebuah sekolah di Perak.


“Peserta berpeluang menimba kaedah mudah belajar bahasa Inggeris kerana Cikgu Syida akan mengendalikan segmen khas untuk peserta.


“Selain keletah yang bersahaja dan lucu, inilah peluang peserta untuk mempelajari bahasa Inggeris daripada seorang guru yang berpengalaman.


“Cikgu Syida juga akan menjadi juri untuk program karaoke ilmu iaitu pelajar akan melakukan miming untuk lagu bercorak pendidikan dan agama,” katanya.


Kem motivasi yang bertemakan ‘Anakku Permata Firdausi’ berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 2 hingga 4 Disember 2011 di Riverstone Resort, Batu Caves, Kuala Lumpur.


Bayaran seorang peserta ialah RM390 membabitkan penginapan tiga hari dua malam, makan minum, beg cendahati, peralatan tulis dan permainan.


Bagaimanapun, jika ibu bapa mendaftarkan anak mereka sebelum 15 November, anda menikmati harga istimewa, RM360 seorang.


“Ibu bapa yang mendaftar untuk kumpulan tiga orang akan mendapat pakej harga menarik iaitu RM1,050 sahaja,” katanya.


Beliau mengalu-alukan syarikat korporat atau individu beramal dengan menaja pelajar anak yatim dan miskin menyertai program itu.


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program, hubungi urusetia di talian 03-40102813 atau 010-3240051, 017- 3328451 dan 010-8314729.


View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: , ,

Unsur vintaj tonjol keperibadian

November 12, 2011 Leave a comment

 
VINTAJ…anggun mempesona gaya vintaj skirt dipadankan blaus bersama jaket.

JENAMA pakaian terkenal Esprit bermula apabila pasangan Susie Russell dan Doug Tompkins bertemu ketika aktiviti memanjat gunung pada 1963 lalu mendirikan rumah tangga.


Kegemaran Susie yang sewaktu kecil berpakaian cantik dan anggun mendorongnya menghasilkan rekaan menggunakan jenama Plain Jane.


Selesa, kemas, cantik dan menyerlah menyebabkan rekaannya mendapat permintaan ramai. Pada 1980-an, jenama Esprit dengan fesyen berwarna-warni dan kasual dihasilkan khusus untuk remaja perempuan manakala suaminya, Tompkins menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran sehing?ga tercetusnya rekaan untuk lelaki dan wanita berkerjaya.


Kini jenama ini berkembang di hampir seluruh negara di dunia. Rekaan yang pada mulanya terhad semakin diminati ramai, memenuhi cita rasa semua golongan usia.



Sebagai tanda terima kasih dan sokongan kepada peminat, Esprit merasmikan pembukaan gedung kedua terbesar di Mid Valley Megamall, Lembah Klang, sekali gus melancarkan koleksi musim luruh dan sejuk 2011, baru-baru ini.



Koleksi Esprit kali ini bukan saja memberi tumpuan kepada perincian halus pada corak, tetapi juga mengamalkan gaya fesyen 50-an hingga 70-an yang semakin diminati ramai. Rekaan ini mengetengahkan unsur vintaj dan trendy bagi menonjolkan keperibadian seseorang.


Rekaan wanita menawarkan gaya feminin dengan himpunan ‘classy’ pada padanan skirt, seluar, blaus, kemeja dan jaket sama ada untuk gaya kasual atau sporty.
Setiap padanan tampil lebih moden menerusi potongan unik serta selesa.


Wanita akan tampil lebih bergaya walau di mana mereka berada. Bagi mereka yang ingin mewarnai gaya musim sejuk, tambahan ponco pada leher tampak lebih versatil.


Himpunan musim luruh dan sejuk didatangkan dalam pelbagai warna semula jadi seperti krim, coklat, kuning, hijau, khaki, hitam, putih dan kelabu dengan sedikit sentuhan rona segar yang pastinya memberikan impak menawan dan anggun kepada si pemakai.


Untuk kanak-kanak, rekaan sinonim dengan dewasa bagi memberikan imej moden dan bergaya sesuai cita rasa mereka. Himpunan terkini Esprit 2011 boleh didapati di semua rangkaian gedung beli-belah Esprit di seluruh negara.


View the original article here

Lengkap gaya harian lelaki, wanita

November 12, 2011 Leave a comment

MEWAH, eksklusif dan bergaya bukan saja untuk koleksi beg tangan, pakaian atau kaca mata hitam, tetapi turut diserlahkan dengan rangkaian aksesori jam bermutu.


Jenama jam terkenal buatan Switzerland, Rado memperkenalkan koleksi terkini untuk wanita iaitu Rado True Thinline dan Rado D-Star bagi lelaki yang gemarkan fungsi teknologi tinggi sebagai tambahan melengkapkan gaya harian mereka.


Koleksi jam tangan ini menonjolkan warna hitam dan putih seramik serta ceramos (seramik karbida titanium berteknologi tinggi yang digabungkan dengan aloi berlogam) bagi rangkaian Rado D-Star untuk pilihan jejaka.


Sementara itu, Rado True Thinline pula didatangkan dengan warna hitam dan putih quartz, putih jubile quartz, hitam automatik dengan tali jam getah ataupun hitam automatik dengan tali jam seramik berteknologi tinggi.



Keseluruhan rekaan kedua-dua koleksi jam istimewa itu pada asasnya menggunakan warna yang sama, tetapi dibiaskan dengan jarum penunjuk, paparan angka dan jarum jam lebih cerah.



Model rangkaian D-Star yang dibuat menggunakan ceramos itu berupaya untuk disesuaikan kepada suhu badan dan persekitaran berdasarkan aktiviti dilakukan.


Rangkaian True Thinline pula menunjukkan keazaman yang ditonjolkan jenama berkenaan untuk memungkinkan kewujudan jam tangan seramik berteknologi tinggi paling nipis, membuahkan hasil memberangsangkan.


Usaha pakar dalam bidang teknologi bahan itu mengetengahkan bentuk jam tangan seramik yang hanya memiliki berat timbangan 38 gram dengan ketebalan 4.9 milimeter dan ketinggian pergerakan pusingan jam pula hanya satu milimeter.


Koleksi ini membalut cantik pergelangan tangan dan pemakainya hanya akan terasa memakainya apabila mendapat kerlingan mereka yang kagum dengan rekaannya.


View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: , , ,

Sopan berbusana anggun dipandang

November 12, 2011 Leave a comment

 
MODEN…rekaan baju pengantin berwarna hijau lumut gabungan klasik dan moden menarik untuk mereka yang berani mencuba.

KEBANYAKAN pasangan raja sehari hari ini memilih busana pengantin dengan rekaan moden yang ringkas, namun masih mengekalkan ciri-ciri klasik tradisional yang menyerlahkan lagi seri pengantin pada hari bahagia mereka.


Fesyen kebaya pendek dan labuh serta berkorset mirip seperti busana pengantin Indonesia antara rekaan kini yang kian diminati masyarakat kerana keistimewaannya tersendiri.


Ini kerana, rekaannya yang tidak terlalu berlebihan dan menerapkan nilai kesopanan, amat menepati cita rasa golongan wanita timur yang bergelar raja sehari untuk digayakan pada hari persandingan mereka.


Pemilik butik D’Renjis Cinta Bridal, Rosmawati Abd Razak, berkata pasangan pengantin pada hari ini memilih tampil dengan fesyen moden kontemporari seperti baju labuh ringkas, tetapi masih menyerlahkan gaya elegan.



“Rekaan glamor, mewah dan anggun yang diterapkan pada busana itu antara ciri utama ia menjadi pilihan pasangan raja sehari.



“Memang tidak dapat dinafikan, masih ramai yang berpegang teguh dengan memakai rekaan pakaian tradisional asli pada hari bersejarah, tetapi mesti diakui juga trend kini semakin berubah,” katanya.


Tampil berbeza dengan butik pengantin lain, butik D’Renjis Cinta Bridal mengetengahkan rekaan busana pengantin menggunakan fabrik sifon, organza, sutera, renda, satin, songket dan batik kerana ia lebih menarik serta memberi keselesaan kepada si pemakai.


Pengalaman selama tiga tahun menetap di Jakarta, Indonesia, tidak disia-siakan Rosmawati apabila kesempatan itu diambil dan digunakan sebaik mungkin untuk mendalami lagi seni rekaan fesyen busana pengantin yang berteraskan Jawa di negara itu.


Justeru, melalui ilmu diperoleh itu, Rosmawati sentiasa berusaha memberi kelainan pada rekaannya dengan ?menggabungkan kedua-dua elemen tradisional Melayu, Jawa dan moden serta menambah perincian daripada manik dan labuci bagi menyerlahkan lagi busana pengantin berkenaan.


“Saya sering memberi inspirasi moden dan kontemporari supaya ia memenuhi kehendak orang ramai.


“Contohnya, keindahan fabrik renda daripada warna biru firus yang bersulam manik dan labuci pada baju kebaya labuh pastinya akan menyerlahkan penampilan raja sehari tatkala melangkah ke jenjang pelamin.


“Pemilihan ton dan tudung bagi pengantin yang tampil bertudung pula mesti selari untuk memenuhi gaya diimpikan pengantin yang mahu menampilkan busana Muslimah, tetapi glamor.


“Bagaimanapun, jika pelanggan mahukan rekaan busana yang benar-benar klasik, hasrat mereka akan saya cuba penuhi,” katanya.


Katanya, busana pengantin yang dilatari kesopanan memang tidak jemu ?dipandang malah dengan pilihan tema majlis, disesuaikan pula ?dengan fabrik terpilih,
ia sudah tentu menambah keanggunan.


Selain menawarkan busana pengantin yang cantik dan menarik, butik ini turut menawarkan apa saja yang diperlukan bakal pengantin.


Pelamin, solekan, gubahan hantaran, cenderahati, katering, sehingga kepada kelengkapan perkahwinan lain, semuanya ada disediakan mengikut pakej bajet pengantin yang istimewa dengan tawaran harga paling berpatutan.


Sementara itu, jurusolek, Alfidah Irvan, berkata solekan untuk raja sehari perlu sesuai dengan busana dan paling penting, ia tidak terlalu tebal sehingga menyakitkan mata memandang terutama solekan ketika majlis pernikahan yang perlu lebih tampak semula jadi.


“Solekan dan busana perlu bersesuaian kerana ia tumpuan utama dalam setiap majlis perkahwinan.


“Jadi, pastikan pengantin memilih busana yang sesuai dengan solekan dan ?sebaiknya, cuba gaya solekan dan baju sebelum majlis,” katanya.


Tip memilih busana pengantin:

Lokasi majlis perkahwinan

– Pemilihan busana pengantin juga harus bersesuaian dengan lokasi majlis itu akan diadakan iaitu sama ada di luar atau di dalam rumah atau dewan.


Sekiranya di luar rumah yang kebiasaannya bertemakan perkahwinan dalam taman, bakal pengantin perlu memilih busana yang tidak terlalu sarat dengan perincian dan terlalu labuh.

Bentuk tubuh badan

– Bagi bakal pengantin yang mempunyai tubuh badan kurus dan tinggi lampai, mereka boleh mengenakan busana dalam apa jua jenis warna dan disarankan memilih busana yang labuh, tetapi ia tidak bersesuaian dengan mereka yang bertubuh agak gempal dan rendah.


Untuk bakal pengantin bertubuh begini, mereka perlu memilih busana dengan warna lembut (pastel) dan tidak labuh kerana ia akan membuatkan mereka tampak lebih rendah. 

View the original article here

llham gaya era 1960-an

November 12, 2011 Leave a comment

WANITA dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan sehingga menjadi ungkapan klise yang biasa didengari. Seiring dengan ungkapan itu, aliran fesyen sentiasa berusaha dan melakukan perubahan dalam menampilkan pelbagai koleksi bagi memberi kelainan kepada wanita yang gemar bergaya.


Jika dilihat, jenama pakaian tidak kira di peringkat antarabangsa mahupun tempatan sering menonjolkan idea baru bagi mengetengahkan himpunan unik dan kreatif untuk peminatnya.


Tidak ketinggalan bagi jenama terkenal, Marc Jacobs yang memperkenalkan koleksi terbarunya tahun ini. Mengambil ilham gaya pada era 1960-an, koleksi terbaru Marc Jacobs Resort 2011 memberi fokus kepada motif yang ingin disampaikan menerusi penggunaan corak cetakan kertas hiasan dinding.


Inspirasi daripada corak yang diambil itu dapat memberikan idea berbeza dalam menampilkan gaya yang sentiasa berubah kepada si pemakai.



Selain itu, rekaan yang ditampilkan turut mengetengahkan konsep gaya seperti baru keluar dari kawasan pedalaman selepas perang dengan menggayakan fabrik luntur bagi memberi kelainan kepada pencinta fesyen jenama itu.



Walaupun corak diketengahkan agak janggal, ia dilihat begitu unik dengan paduan yang cuba dilakukan untuk memberi kelainan kepada peminatnya.


Menampilkan gaya santai seperti kemeja berjalur pudar, seluar pendek bercetak, pakaian berlabuci dan skirt, ia pasti dapat memberi pelbagai pilihan kepada peminat fesyen unik itu.


Gaya yang boleh dipelbagaikan dengan memakai seluar pendek kasual atau bersama tali pinggang bagi menambah daya tarikan terhadap penampilan si pemakai ternyata dapat memberi idea menarik untuk terus tampil bergaya.


Tidak kira anda memakai sepasang kasut jenis balet, sandal atau sniker, fesyen yang ditampilkan memang dihasilkan untuk mereka yang gemarkan gaya kreatif dan bersahaja.


Fesyen yang ditampilkan bukan saja sesuai digayakan ketika bersantai malah jika anda bijak menyuaipadankan koleksinya, ia juga boleh dipakai untuk ke pejabat.


View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: ,

Kekal bertahan selepas 30 tahun

November 12, 2011 Leave a comment

TERKENAL dengan rekaan kasut yang seksi dan menarik pada harga berpatutan, jenama kasut terkemuka tempatan, Princess kini menjadi penaja kepada Pencarian Model Amaze Antarabangsa (AIMS) 2011.

Seramai 22 finalis berjaya melayakkan diri dalam pencarian model antarabangsa terbabit walaupun hanya dua peserta dipilih menjuarainya.

Masing-masing tampil yakin dengan mengenakan pakaian kasual, sukan dan juga pakaian pereka fesyen terkemuka, Hideaki serta penggayaan kasut Princess.

Selain itu, peserta juga tampil lebih berani, elegan dan menonjol bukan saja dengan busana dan kasut digayakan malah mereka turut diberikan sentuhan gaya moden untuk menyerlahkan kelainan dalam setiap acara.
Pada masa sama, acara ini juga bertujuan membantu rumah kebajikan dan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Lok, acara berprestij dan bantuan diberikan kepada golongan kurang bernasib baik ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 jenama Princess di pasaran.

“Kami berbangga kerana masih bertahan dan menjadi pilihan penggemar setia jenama ini walaupun selepas 30 tahun di pasaran.

“Penajaan ini adalah untuk menunjukkan sokongan ?terhadap bakat model tempatan kerana kami percaya mereka boleh mengembangkan bakat diri jauh ke arena antarabangsa,” katanya.

Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun ini juga Princess turut melancarkan Kad Princess yang antara lain pelanggan boleh menikmati diskaun keahlian, ganjaran bulanan hari jadi, prajualan dan jemputan ke majlis eksklusif.

Lok berkata, semua faedah yang diberikan itu tanda penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut ?mengenai pembabitan Princess dalam AIMS 2011 dan di sebalik tabir acara, boleh layari http://www.facebook.com/PrincessShoes.

 

View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: , , ,