Home > Fakta Dan Auta > Beli coli seperti pilih suami!

Beli coli seperti pilih suami!

PENJAGAAN pakaian dalam khususnya coli belum dianggap penting. Kebanyakan wanita lebih gemar membasuh coli dengan sabun basuh kain dan pelembut fabrik bagi mendapat?kan kesan lebih lembut serta berbau harum.


Namun, penggunaan pelembut pakaian dan sabun basuh kain yang kuat untuk menanggalkan kotoran akan menyebab?kan fabrik mudah reput.


Ia bertambah buruk apabila ada yang gemar membasuh coli dengan mesin basuh kerana menganggapnya lebih mudah. Kesannya, besi pada bahagian bawah coli akan berubah bentuk menyebabkan ia tidak lagi selesa dan sesuai dengan payudara.


Menurut Penasihat dan Pengurus Runcit Lingerie, Elena Cui, wanita yang gemar menjemur coli di bawah cahaya matahari terik akan menyebab?kan fabrik nampak pudar dan tidak menarik.



“Ini kerana sinaran cahaya matahari yang kuat mampu membuatkan warna fabrik mudah luntur ditambah penggunaan sabun basuh kain bersama pelembut.



“Mungkin ramai wanita yang tahu kesannya, tetapi me?ngambil mudah penjagaan coli menyebabkan ia hanya boleh dipakai dalam tempoh singkat selain bentuknya juga berubah jika menggunakan coli yang mempunyai besi.


“Hanya amalkan cara mudah bagi menjaga bentuk dan fabrik pakaian dalam agar kesihatan payudara sentiasa terpelihara di samping memberikan keselesaan berpanjangan ketika memakainya.


“Antara cara praktikal boleh dilakukan adalah menjemurnya di tempat yang redup dan hindari daripada sinaran kuat matahari. Selain itu, terdapat beberapa kaedah terbaik untuk menjemurnya.


“Pakaian dalam itu tidak boleh dijemur dengan menggantung menggunakan tali ketika basah kerana ia akan menyebabkan sifat anjal padanya akan hilang.


“Jika kaedah menjemur salah, ia akan menyebabkan coli tidak lagi selesa dipakai dan longgar,” kata Elene yang dijemput khas dari Beijing, China bagi menunjukkan cara pemilihan coli yang betul kepada pengguna Aimer di Malaysia.


Katanya, bukan hanya dilihat pada faktor penjagaan, pemilihan yang betul juga perlu diambil perhatian bagi memberi penjagaan sempurna terhadap payudara agar sentiasa sihat dan cantik.


“Kebanyakan wanita memilih coli berdasarkan warna. Perlu diingat membeli coli adalah seperti memilih seorang suami.


“Kita perlu tahu saiz dan kesesuaian bentuk payudara bagi menjaga kesihatan dan peredaran darah di sekelilingnya agar sentiasa kelihatan cantik serta menarik.


“Wanita harus sedar setiap coli dibuat mengikut perbezaan saiz dan rekaan kerana masing-masing mempunyai bentuk badan berbeza.


“Bagi kami, menghasilkan coli bukan mudah kerana untuk menyiapkan setiap coli yang sempurna ia memerlukan 50 hingga 80 ukuran mangkuk coli dengan menggunakan model dipilih.


“Kami tidak menggunakan model patung supaya dapat memenuhi saiz dan sokongan sebenarnya yang diperlukan kerana setiap wanita mempunyai bentuk serta ukuran payudara berbeza,” katanya yang hadir sempena menyambut ulang tahun pertama Aimer di Parkson 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Katanya, semua koleksi Aimer 2011 direka berdasarkan konsep menggoda mengambil inspirasi daripada tema kasih sayang dan kecantikan bagi menyampaikan mesej melalui produk pakaian dalam wanita yang bermutu.


Rekaannya dipengaruhi gaya elegan paduan budaya Timur dan Barat bagi memberi kesempurnaan kepada sesiapa yang memakainya.


Sementara itu, sebahagian pekerja ketiga-tiga cawangan?nya di Sunway Pyramid, Parkson Bandar Utama dan Gurney Plaza Pulau Pinang akan dihantar ke Beijing bagi mendapatkan latihan mengenai coli bagi memberi khidmat nasihat berguna kepada pelang?gannya di Malaysia.


View the original article here

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: