Home > Setempat > Sindiket seludup Estima lumpuh

Sindiket seludup Estima lumpuh

KUALA LUMPUR: Taktik sindiket curi kenderaan jenis Toyota Estima yang melanggar sebuah kereta polis membawa padah apabila tiga daripada empat ahlinya berjaya ditahan dalam operasi ‘Ops Lejang Estima’, di Aman Suria Jaya, Cheras, di sini, kelmarin.


Tangkapan dibuat jam 4.40 pagi oleh Bahagian Risikan/ Operasi (D4), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman selepas membuat siasatan sejak sebulan lalu.


Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, sindiket berkenaan bergiat aktif dengan mencuri Toyota Estima untuk diseludup ke negara jiran.


Katanya, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit menyeludup 20 kenderaan jenis itu ke negara jiran untuk dijual.


“Bertindak di atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota memerhati sebuah Toyota Estima yang diletakkan di kawasan Taman Suria Jaya, yang dipercayai dicuri untuk diseludup ke negara jiran.


“Serentak itu, sebuah lagi kenderaan sama yang dipandu seorang lelaki diekori sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Airtrack dinaiki tiga lelaki memasuki kawasan berkenaan sebelum diletakkan di sebelah Toyota Estima itu,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, empat lelaki berusia di antara 26 hingga 29 tahun itu kemudian cuba meninggalkan kawasan itu dengan menaiki Mitsubishi berkenaan sebelum dihalang dua kereta polis di depan dan belakang.


“Melihat mereka terkepung, pemandu Mitsubishi itu mengundurkan kereta dengan laju lalu merempuh sebuah kereta polis di belakang beberapa kali.

“Dalam keadaan bahaya, polis melepaskan dua das tembakan, termasuk satu ke udara dan satu ke arah tayar kereta suspek,” katanya.


Beliau berkata, keempat- empat lelaki itu segera keluar lalu cuba melarikan diri tetapi tiga daripada mereka berjaya ditahan.


View the original article here

Categories: Setempat Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment