Home > Fakta Dan Auta > Persiapan masuk alam remaja

Persiapan masuk alam remaja

ANDA sudah bersedia dengan program untuk anak sempena cuti persekolahan akhir bulan ini?


Apa perancangan anda bagi mengelak mereka terperap di rumah atau membuang masa di luar tanpa perkara berfaedah?


Kaedah terbaik mengisi masa anak antaranya dengan menghantar mereka menghadiri program kem motivasi yang padat program ilmu dan membina jati diri.


Human Capital Development Services, syarikat yang mengendalikan latihan motivasi kerohanian menganjurkan kem motivasi secara holistik untuk pelajar sekolah rendah tahun empat hingga 15 tahun, awal Disember ini.



Pengarahnya, Shaharul Ridzuan Shamsuddin berkata, program itu bertujuan membentuk hala tuju dan jati diri anak yang bakal memasuki alam remaja.



Beliau berkata, dengan modul program holistik ini merangkumi solat, motivasi kerohanian, pembelajaran serta pembentukan akhlak, ia akan memberi input tambahan ke arah pembesaran menjadi remaja kamil.


“Bagi memastikan kualiti pelajar diberi perhatian sepenuh–nya, kami akan mengehadkan pengambilan peserta.


“Malah, bagi meningkatkan kemahiran peserta, program ini menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris,” katanya.


Katanya, fasilitator yang akan menerajui program ini terdiri daripada dua pendakwah muda iaitu Muhammad Nadzrie Abbas dan Muhammad Syibli Husin.


Kedua-dua pendakwah muda itu memiliki ijazah dalam pengajian Islam dari universiti tempatan dan luar negara.


“Kami sengaja memilih ustaz yang berusia muda bagi disesuaikan dengan usia peserta antara 10 hingga 12 tahun.


“Ini memudahkan peserta menyesuaikan diri dan terlalu takut atau segan untuk bergaul sepanjang program motivasi ini,” katanya.


Program motivasi itu lebih menarik dan ceria dengan jemputan istimewa, Cikgu Syida yang terkenal di laman YouTube.


Selain terkenal dengan aksi miming, Cikgu Syida adalah guru bahasa Inggeris berkaliber di sebuah sekolah di Perak.


“Peserta berpeluang menimba kaedah mudah belajar bahasa Inggeris kerana Cikgu Syida akan mengendalikan segmen khas untuk peserta.


“Selain keletah yang bersahaja dan lucu, inilah peluang peserta untuk mempelajari bahasa Inggeris daripada seorang guru yang berpengalaman.


“Cikgu Syida juga akan menjadi juri untuk program karaoke ilmu iaitu pelajar akan melakukan miming untuk lagu bercorak pendidikan dan agama,” katanya.


Kem motivasi yang bertemakan ‘Anakku Permata Firdausi’ berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 2 hingga 4 Disember 2011 di Riverstone Resort, Batu Caves, Kuala Lumpur.


Bayaran seorang peserta ialah RM390 membabitkan penginapan tiga hari dua malam, makan minum, beg cendahati, peralatan tulis dan permainan.


Bagaimanapun, jika ibu bapa mendaftarkan anak mereka sebelum 15 November, anda menikmati harga istimewa, RM360 seorang.


“Ibu bapa yang mendaftar untuk kumpulan tiga orang akan mendapat pakej harga menarik iaitu RM1,050 sahaja,” katanya.


Beliau mengalu-alukan syarikat korporat atau individu beramal dengan menaja pelajar anak yatim dan miskin menyertai program itu.


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program, hubungi urusetia di talian 03-40102813 atau 010-3240051, 017- 3328451 dan 010-8314729.


View the original article here

Categories: Fakta Dan Auta Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment