Archive

Archive for the ‘Mutakhir’ Category

SK Kampung Jawa kini dikenali SK Tan Sri P Ramlee

November 14, 2011 Leave a comment

GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa kini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.

Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff ketika berucap pada majlis itu, berkata nama P.Ramlee diabadikan sebagai memperingati tempat Allahyarham seniman agung itu memulakan persekolahan dengan memasuki ‘darjah sekerat’ iaitu pendidikan pra sekolah ketika itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Menamakan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee berkata satu tabung yang dinamakan Tabung dan Biasiswa Tan Sri P.Ramlee akan diwujudkan untuk kegunaan murid sekolah itu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang muzik.

“Tabung dan biasiswa ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni khususnya muzik,” katanya. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , ,

The Great Gender Debate wadah orang muda bahas isu gender

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA TERENGGANU: Program debat bertajuk ‘The Great Gender Debate 2011’ (TGGD) amat perlu diadakan sebagai wadah kepada generasi muda untuk berbincang dan berbahas mengenai isu gender sedia ada agar mereka sedar peranan dalam memikul amanah memimpin negara pada masa depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program itu tidak hanya ditujukan kepada golongan mahasiswi tetapi juga kepada orang ramai yang turut mendengar bagi mendidik dan memberi kesedaran betapa pentingnya mewujudkan pewaris negara yang berkualiti.

“Saya amat gembira kerana kementerian telah menerima cadangan yang cukup banyak dari pendebat yang berlangsung itu, dan kementerian akan menggunakan ia sebagai input dalam pembentukan polisi-polisi akan datang. “Kerajaan sentiasa menyediakan peluang dan pelan yang jelas bagi memastikan pembabitan wanita dalam pelbagai sektor,” katanya dalam teks ucapannya pada penutup dan penyampaian hadiah program TGGD 2011 anjuran Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara- Negara Berkecuali (NIEW) di Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur. Turut hadir Pengarah NIEW Tan Sri Dr Rafiah Salim dan Naib Canselor UMT, Datuk Prof Dr Aziz Deraman.

Shahrizat berkata, wanita kini dianggap sebagai pemangkin kepada kemajuan dan perpaduan negara dan adalah penting bagi kerajaan untuk memastikan potensi golongan ini sentiasa dipertingkat dan tidak hanya berpuas hati dengan sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar.
“Kita perlu mencapai lebih dari itu. Apakan tidak, di universiti-universiti sahaja pelajar wanita lebih dari 60 peratus dan pelajar inilah kelak yang akan menjadi pemimpin masa depan,” katanya.

Pada program debat yang julung kali diadakan itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul juara manakala naib johan dimenangi Universiti Malaya dan bagi kategori Bahasa Inggeris pula dimenangi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di tempat kedua.

Johan program TGGD 2011 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan, sijil serta buku manakala naib johan RM3,500, piala, sijil serta buku.

Pendebat terbaik bahasa Malaysia dimenangi Siti Aishah Mustapha dari UMP manakala bagi kategori bahasa Inggeris dimenangi Maizura Mokhsin dari UiTM dan masing-masing membawa pulang RM500.

Sementara itu, Noorul Ainur pada sidang media berkata, program itu akan diteruskan pada tahun depan dengan menaikkan hadiah daripada RM7,000 kepada RM10,000 manakala naib johan daripada RM3,500 kepada RM5,000. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , , , ,

Warga kementerian juga perlu istirahat

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pelajaran yang memikul tugas berat dalam bidang pendidikan perlu juga beristirahat bagi mengurangkan tekanan akibat bebanan kerja, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika merasmikan Hari Bersama Warga Kementerian Pelajaran 2011 di Serdang dekat sini, hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, waktu istirahat perlu dimanfaatkan warga kementerian sebelum kembali menjalankan tugas masing-masing.

“Warga Kementerian Pelajaran begitu besar, setakat ini kita ada lebih 500,000 orang memikul tugas dalam bidang pendidikan yang amat penting bagi negara kita, jadi ini semua tanggungjawab amat besar kepada kita. “Tetapi kita sebagai manusia, kena beristirahat kerana pemikiran dan tubuh badan kita ada had dan batasan untuk tanggung tekanan kerja kita, hal sebegini kita perlu ambil serius,” katanya.

Muhyiddin berkata, hubungan kekeluargaan yang baik antara ibu bapa dan anak di rumah mampu memberikan suasana yang tenteram serta aman sesuai untuk istirahat bagi meningkatkan produktiviti kerja.

“Produktiviti yang kita harap dapat kita curah dalam kerja kita tertakluk kepada suasana di rumah sesama keluarga juga hubungan baik dengan ibu bapa dan anak.

“Ini waktunya kita beristirahat kerana selepas ini kita akan kembali semula kepada tugas masing-masing,” katanya.
Muhyiddin yang tiba seawal jam 8 pagi ke majlis itu turut beramah mesra dan bersenamrobik bersama kira-kira 3,000 orang warga kementerian itu.

Selepas merasmikan majlis itu beliau meluangkan masa melihat pertandingan mewarna kanak-kanak dan mencuba permainan seperti boling buah kelapa, ‘golf putting’ dan ‘paintball’ selain melawat gerai pameran dan beramah mesra dengan empat kanak-kanak kurang upaya pembelajaran di gerai Bahagian Pendidikan Khas.

Muhyiddin dan isterinya Puan Seri Noorainee Abdul Rahman yang turut hadir juga menunjukkan bakat memasak asam pedas Muar ikan merah.

Pasangan itu yang mengambil masa kira-kira 30 minit memasak asam pedas itu mendapat sorakan serta tepukan gemuruh daripada mereka yang menyaksikan acara itu.

Setelah selesai dimasak, pelawak terkenal Abon kemudiannya mengumumkan bahawa asam pedas itu akan dilelong bermula dengan harga RM100 untuk tabung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Kementerian Pelajaran.

Pengerusi Puspanita Kementerian Pelajaran, Datin Rohana Abdullah memenangi lelongan itu dengan harga RM600. – BERNAMA

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , ,

Perhimpunan Agung UMNO perlu jadi medan bincang pilihan raya

November 14, 2011 Leave a comment

PEKAN: Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini perlu dijadikan medan bagi perwakilan untuk menyuarakan pandangan dalam memenangi pilihan raya umum akan datang khususnya menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu dibincangkan kerana pilihan raya umum sudah terlalu hampir.

“Rugi besar jika tidak dibincangkan dengan teliti kerana pilihan raya sudah dekat sangat. “Saya harap perwakilan akan membincangkan perkara berkenaan dengan teliti bagaimana nak menang kawasan yang kalah, mengukuhkan kemenangan di kerusi sedia ada dan menawan semula negeri yang kalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Semai Bakti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda
Chini 2 dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, perwakilan juga perlu membincangkan secara terperinci kriteria calon boleh menang yang dikehendaki Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perwakilan juga diharap membincangkan mengenai dasar transformasi negara pada masa ini.

Katanya, perwakilan bebas mengemukakan permasalahan berkaitan perkara itu supaya kepemimpinan parti memperoleh maklum balas dan memperbaiki kelemahan demi kepentingan rakyat. – BERNAMA

View the original article here

Keputusan Sukan Sea Ke-26 di Indonesia

November 14, 2011 Leave a comment

MENEMBAK

Wanita: 10m Air Pistol

EMAS: Chaimongkol Kanokan (THA) 384 mataPERAK: Le Thi Hoang Ngoc (VIE) 380GANGSA: Prucksakorn Tanyaporn (THA) 379. 4. Joseline Cheah (MAS) 373
8. Bibiana Ng (MAS) 371

Lelaki: 50m Rifle Prone
EMAS: Vu Than Hung (VIE) 696.7
PERAK: MUHAMMAD SHAHRIL SAHAK (MAS) 693.8
GANGSA: Uea-Aree Attapon (THA) 690.0. 5. Hisyam Adzha (MAS) 689.6

25m Rapid Fire Pistol
EMAS: Ha Minh Thanh (VIE) 584
PERAK: HASLI IZWAN AMIR HAMZAH (MAS) 576
GANGSA: Kulchairattana Vorapol (THA) 569.
6. Hafiz Adzha (MAS) 567

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , ,

JAKIM badan tunggal pensijilan halal untuk elak kekeliruan

November 14, 2011 Leave a comment

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januari tahun depan bagi mengelak kekeliruan orang Islam terhadap logo halal yang dikeluarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, sehubungan itu, Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM akan memikul tanggungjawab menguruskan hal berkaitan logo halal.

“Tujuan kita untuk mengelak daripada pengalaman yang kita lalui dan sekarang kita ada tujuh pihak mengeluarkan sijil halal ini, dan (ada antara) mereka tidak bertanggungjawab,” katanya selepas Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Kota Sarang Semut, hari ini. Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Teh Kee Sin yang mendakwa industri makanan serta perkilangan akan terjejas jika JAKIM menjadi badan pensijilan halal tunggal di negara ini.

Teh menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan itu dan mengkaji kemungkinan memilih lebih daripada satu badan pensijilan sijil halal sebagai alternatif dalam pengeluaran sijil berkenaan.

Jamil Khir berkata, syarikat yang dilantik lebih mementingkan keuntungan berbanding Jakim dan Main, yang mengutamakan kepentingan masyarakat Islam serta menitiberatkan soal halal.

“Di seluruh Malaysia, kita ada 14 negeri iaitu akan ada 14 Majlis Agama Islam Negeri, dan ada 15, termasuk Jakim, pihak yang akan tetapkan logo halal tetapi di sini, logo halalnya kita akan satukan,” katanya.
Beliau berkata, andaian bahawa Jakim cuba memonopoli pengeluaran sijil halal serta mampu memberi impak negatif terhadap operasi PKS di Malaysia adalah satu salah faham.

Katanya, seramai 62 pegawai di bahagian penguatkuasaan dilatih bagi mengendalikan tugas secara efisien.

Jamil Khir juga berkata, JAKIM mempunyai persiapan rapi bagi melaksanakan prosedur pengeluaran sijil halal, termasuk makmal halal untuk memulakan operasi pada 1 Januari ini. – BERNAMA

View the original article here

Pergerakan Yayasan Kesederhanaan Global dilancar Januari depan

November 14, 2011 Leave a comment

HONOLULU: Pergerakan Yayasan Kesederhanaan Gobal akan dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur, Januari tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, penubuhan pergerakan itu amat tepat dengan masanya iaitu ketika sokongan antarabangsa terhadap kesederhanaan semakin meningkat momentumnya dalam menghadapi tindakan puak pelampau di seluruh dunia.

Yayasan itu akan dilancarkan pada persidangan antarabangsa pertama mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global di Kuala Lumpur dari 17 hingga 19 Januari tahun depan, kata Perdana Menteri ketika berucap di East-West Center di sini, kelmarin. “Inilah masanya untuk kita, golongan majoriti yang cintakan keamanan dn kesederhanaan, untuk menuntut kembali kedudukan kita yang sebenar,” kata beliau di hadapan kira-kira 200 jemputan antarabangsa.

Sambil menggesa masyarakat antarabangsa supaya menyatakan dengan tegas pendirian mereka dalam menentang tindakan pelampau, Najib berkata: “Kita perlu pastikan suara kita didengari – bukan saja suara umat Islam yang bersikap sederhana, tetapi juga suara penganut agama Kristian, Hindu, Yahudi dan ateis yang berpendirian sederhana.” – BERNAMA

View the original article here

9,278 pembeli dapat manfaat daripada 83 projek terbengkalai

November 14, 2011 Leave a comment

KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 daripada 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak 2009 berjaya dipulihkan sehingga akhir bulan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata, kejayaan itu dengan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada 9,278 pembeli yang menunggu sekian lama untuk memiliki rumah.

“Sebanyak 62 projek atau 37 peratus lagi sedang dipulihkan dan berada dalam pelbagai peringkat kemajuan manakala baki 22 projek kini dalam perancangan untuk dipulihkan,” katanya ketika merasmikan Seminar Perumahan Kebangsaan anjuran bersama KPKT dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Ahmad Kabit, Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam dan Setiausaha Agung Kehormat HBA Chang Kim Loong.

Chor berkata, kebanyakan kes projek perumahan terbengkalai membabitkan pemaju tidak berlesen yang mengambil peluang mengaut keuntungan ekoran kurang kesedaran pembeli mengenai hak mereka sebagai pembeli seperti yang terkandung dalam surat perjanjian jual beli (S&P).

Beliau berkata, kebanyakan kes rumah terbengkalai yang dilaksanakan pemaju tanpa lesen pula menunjukkan pembeli rumah tidak memahami aspek asas sebelum membeli rumah, iaitu pemaju memerlukan lesen pemajuan perumahan daripada kementerian.

“Prihatin dengan keperluan rakyat khususnya dalam isu perumahan terbengkalai, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai untuk memantau dan memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara,” katanya.
“Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai dengan keutamaan kepada kos rumah rendah melalui Belanjawan 2012 yang lalu, dan peruntukan itu adalah bukti keperihatinan dan komitmen kerajaan terhadap masalah ini,” katanya.

Chor turut menyarankan supaya laman sesawang Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang kini hanya memaparkan syarikat pemaju perumahan berlesen tanpa menyatakan butiran terperinci pemaju seperti tarikh tamat lesen, hendaklah juga memasukkan beberapa maklumat tambahan bagi memudahkan pembeli membuat rujukan sekiranya ingin membeli sesuatu hartanah.

Beliau turut menasihatkan bakal pembeli agar jangan terlalu ghairah dan terpengaruh apabila melihat sesuatu pelancaran perumahan dengan terus membuat bayaran pendahuluan dan menandatangani dokumen pembelian tanpa terlebih dahulu membuat semakan dengan jabatan perumahan.

Sementara itu, Ahmad berkata isu perumahan terbengkalai sepatutnya tidak lagi berlaku jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam meluluskan kebenaran merancang, kelulusan pelan bangunan serta tanah lebih efektif menangani perkara itu. – BERNAMA

View the original article here

Keputusan Sukan SEA Ke-26 di Indonesia

November 14, 2011 Leave a comment

MENEMBAK

Wanita: 10m Air Pistol

EMAS: Chaimongkol Kanokan (THA) 384 mataPERAK: Le Thi Hoang Ngoc (VIE) 380GANGSA: Prucksakorn Tanyaporn (THA) 379. 4. Joseline Cheah (MAS) 373
8. Bibiana Ng (MAS) 371

Lelaki: 50m Rifle Prone
EMAS: Vu Than Hung (VIE) 696.7
PERAK: MUHAMMAD SHAHRIL SAHAK (MAS) 693.8
GANGSA: Uea-Aree Attapon (THA) 690.0. 5. Hisyam Adzha (MAS) 689.6

25m Rapid Fire Pistol
EMAS: Ha Minh Thanh (VIE) 584
PERAK: HASLI IZWAN AMIR HAMZAH (MAS) 576
GANGSA: Kulchairattana Vorapol (THA) 569.
6. Hafiz Adzha (MAS) 567

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , ,

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia 4, Kemboja 1

November 14, 2011 Leave a comment

JAKARTA: Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.

Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39. Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara.

Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. first half permainan baik..second half..sgt mendukacitakan…permainan baik cuma tiada penyudah yang tajam…saya amat gembira skuad Bwah-23 thun berjaya mengatasi kemboja 4-1.. mana kala indonesia mengalahkan thailand 3-1.. tahniah buat skuad U-23 negara.. malaysia boleh..Malaysia main cantik…menguasai bola…mcm sepanyol….permainan tiki-taka yg cantik…tabik dgn pasukan Malaysia tadi…
Msia mesti menekan indon pada game akan datang…Pertahanan jangan Leka kerana penyerang Indon mempunyi larian yang pantas..Go go go Msiaurmm,,
malaysia harus berwaspada dgn konspirasi indonesia… ayuh malaysia !!tahniah. kena baiki dan ada banyak peluang baikitahniah pasukan harimau malaya kerana berjaya mengikat kemboja..tahniah jga kerana berjaya secara automatik ke separuh akhir….
di samping itu,harimau malaya harus merobek gawang kemboja secara bertubi tubi..jangan beri mereka peluang…saya nampak malaysia terlalu memandang rendah sehingga banyak peluang yang tidak dapat dijaringkan…ehehehehehharimau menang tapi dgn pasukan lemah.tengok cara mereka main td cukup mbimbangkn ramai penyokong. jika cara mereka x d ubah, pasti sukar utk kita prtahankn emas. spatutnya corak prmainan agresif yg perlu d terapkn bukan main lemah mcm td. taring serangan masih tumpul. tahniah badrol tingkatkn pretasi MALAYSIA BOLEH.barisan pertahanan perlu di perkemaskan lg.. jangan mengharap dengan penjaga gawang sahaja.. penyudah jg perlu di perbaiki.. tingkatkan kerjasama dalam pasukan.. Malaysia boleh…harimau muda bolehh… Agak kecewa tengok HM main ptg tadi. Patut tadi banyak gol boleh sumbat rasanya. apa pun tahniah atas kmngan tadibanga dengan pemain negara bermain dgan bersungguh2 namun pemain kita harus fokus sepanjang permainan hinggalah kemasa akhir perlawanan terutamanya pertahan pemain negara kita,syabas pemain malaysia syabas,,,,,tingkatkan usaha n capailah matlamat negara demi sukan untuk negara….malaysia boleh melawan indonesia dalam sukan bola sepak!!! MALAYSIA BOLEH!!!menang lawan kemboja saja bangga,,,spruh ms prtama malaysia mng, masa k2 seri tahniah..
jangan mudah bangga dgn kemenangan sekarang..
perjalanan masih jauh…
teruskan usaha seperti hari ini…
jentera pertahanan jangan alpa…
saya nak harimau muda menang pingat emas…agaknya mmg mentaliti bola malaysia sng perasan star sll..rasa hebat kalo dah jaringkn gol..even kalo kalah, asalkan ada gol, rasa hebat..cube la sll berfikir tiap hari utk menjadi lebih hebat sbb ada lagi yg super hebat..br bola malaysia boleh maju…ok la, bole la main cam tadi janji 3 point, tapi kalau main lawan indonesia camtu, bole kalah laAtas kertas comel. Ulasan akhbar wow!!! Mainan hamprak. Gong tak bertempat. Mutu memalukan. Boleh ke beri harapan untuk menjulang juara. Gembira bila menang dengan kemboja tapi lidah kelu beb. Kembalikan semangat dan permainan jitu agar jantung penyokong berdetak normal dan halkum selesa menghirup kopi o bersama ubi rebus…..separuh masa kedua coach terlalu awal buat pertukaran…sebab tu rentak malaysia jadi tunggang langgang…apa2 pun syabas malaysia.Ingatlah wahai pemain dan penyokong semua. Jangan lah kita takbur hanya dengan kemenangan ini sahaja. objektif kita masih jauh lagi. Malaysia bolehhhhh…….Malaysia Bolehhhh…
Caya laaSaya gembira kerana Malaysia menang 4-1..tapi kecewa dengan cara permainan Malaysia bermain macam ‘berlagak’ & sambil lewa kerana tak bersungguh utk menambah jaringan..sebaliknya membawa padah sehingga Kemboja dapat curi 1 gol..lihat saja separuh masa kedua Kemboja bermain lebih baik & mengancam..Berhati-hatilah Harimau Muda..jgn amal permainan begini, nanti ‘letih’ lah kita.. malaysia boleh………………….i love malaysia
tahniah,,,,,,kekalkanprestasi dan jgn alpa atas kemenangan ini,,perjalanan masih jauh,,,,
conform msuk semi da nie…mlysia pingat emas dlm genggaman..huhux taw lah nape harimau men td….huhuhuhu…taktik jurulatih atau sikap pemain yang sambil lewa…..

View the original article here

Categories: Mutakhir Tags: , , ,