Home > Hiburan > Sambut Aidiladha di Uzbekistan

Sambut Aidiladha di Uzbekistan

CUACA sejuk yang mencengkam hingga ke tulang hitam serta suhu mencecah 6 darjah Celsius (waktu malam) manakala waktu siang 13 darjah Celcius, bukan penghalang buat rombongan daripada Media Prima Berhad untuk meninjau bumi Uzbekistan yang terkenal dengan warisan tamadun Islam pada abad ke-14.


Rombongan itu membabit?kan kru Nona, Majalah Tiga dan Nasi Lemak Kopi 0 yang berkunjung ke negara pernah berada di bawah jajahan Soviet Union selama 70 tahun pada 1 hingga 8 November lalu. Tidak ketinggalan, publisis popular, Bill Bora.


Kunjungan itu bertujuan mengenali lebih dekat negara yang merdeka kini sudah meredeka selama 20 tahun bermula September 1991. Malah, ramai orang tidak tahu kerajaan Uzbekistan dan Malaysia sudah menjalin hubungan erat selama 16 tahun.


Pengacara Nona, Vanidah Imran atau lebih mesra disapa Vee, mengakui sangat teruja untuk menjejakkan kaki buat julung kalinya ke Uzbekistan bersama rombongan Media Prima dengan kerjasama Uzbekistan Tourism itu.



“Secara peribadi, saya teruja kerana diberi peluang membuat liputan Nona di Uzbekistan. Maklumlah, ia antara destinasi yang tidak ada dalam senarai pelancongan. Ia memang peluang keemasan yang sukar dilupakan buat saya dan kru Nona sepanjang seminggu di negara itu.



“Kami sampai ke Uzbekistan pada jam 2 petang (waktu tempatan) 1 November lalu dengan penerbangan pagi, Uzbekistan Airways. Penerbangan mengambil masa selama tujuh jam,” katanya.


Vanidah juga mengakui, dia terpaksa menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sepanjang menjayakan penggambaran Nona di sana. Akui Vanidah, ia bukanlah satu masalah besar buatnya kerana sudah ada pengalaman menjayakan penggambaran drama Isabella dalam cuaca sejuk di kota London dan Paris.


“Saya juga sudah buat persediaan awal untuk mengharungi cuaca sejuk di sana dan peng?gambaran Nona untuk siaran Disember nanti juga berjalan lancar seperti direncanakan,” katanya.


Berkongsi pengalaman menarik sepanjang berada di Uzbekistan, Vanidah berkata, dia berpeluang meninjau empat wilayah bersejarah di sana iaitu Khiva, Bukhara, Samarkand dan Tashkent yang juga ibu negara Uzbekistan.


“Khiva antara kota lama yang masih berpenghuni dan ia seperti berada dalam bandar Aladin seperti dalam filem. Bukhara pula terkenal dengan masjid dan madrasah (sekolah) pada abad ke-11 dan 17 yang masih digunakan lagi. Kami juga berpeluang menziarahi masjid dan makam Imam Al Bukhari di sana.


“Samarkand yang popular sebagai bandar Sinbad pula terkenal dengan kraf dan permaidanai yang dibuat daripada sutera dengan pewarna bahan asli seperti bawang. Karpet sutera mahal dan dijual dalam dolar Amerika kerana ia mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan.


“Selain itu, sulaman pula dikenali sebagai ‘Suzeini’ yang juga antara motif yang cantik dan dibuat daripada buah delima. Terus terang, Uzbekistan mempunyai pelbagai tarikan yang mampu menarik pelancong kerana negara ini baru 20 tahun merdeka dan aspek pembangunannya juga perlahan,” katanya.


Daripada segi makanan pula, kata Vanidah, ia banyak dipengaruhi Soviet Union yang pernah menjajah negara itu dulu. Antara yang popular ialah teh hijau yang pasti disajikan dalam setiap hidangan.


“Kami tiada masalah mendapatkan makanan halal kerana rakyat Uzbekistan 96 peratus beragama Islam. Semua orang akan tegur dan beri salam, Assalamualaikum’ sama ada kepada kita yang Islam atau bukan Islam dan ‘rahmat’ pula bermaksud ‘terima kasih.’


“Ia sudah menjadi budaya orang sana. Wajah mereka juga iras orang Melayu dan Cina. Cuma bahasa saja yang menjadi masalah kerana tidak semua orang menggunakan bahasa Inggeris kerana bahasa utama di sana ialah Uzbek dan Russia. Nasib baik pemandu pelancong kami boleh bercakap bahasa inggeris dan ia memudahkan membuat liputan di sana,” katanya.


Kunjungan Vanidah ke Uzbekistan juga menarik kerana berpeluang menyambut Aidiladha di sana.


“Ibadah korban di sana dibuat sehari sebelum raya haji. Pada pagi Aidiladha, mereka juga menziarahi kubur sama seperti kita. Juadah raya mereka juga lebih kurang sama seperti kita iaitu makanan tradisional Uzbek iaitu nasi pilaf (nasi beriani versi Uzbek) dengan daging kambing.


“Kru yang juga jurukamera Nona dapat menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid tapi hanya buat takbir raya dalam van saja,” katanya.


Ini juga liputan terakhir Vanidah bersama Nona tahun ini sebelum diambil alih pengacara lain nanti. Sementara itu Publisis popular, Bill Bora yang turut bersama rombongan itu berkata, selain berdepan cuaca sejuk, perjalanan dari satu wilayah ke satu wilayah menaiki bas pula sangat jauh di Uzbekistan.


“Perjalanan dengan bas dan jalan berlubang memang memenatkan kami sepanjang di sana. Selain itu, pengalaman seluruh bandar bergelap kerana bekalan elektrik terputus di Samarkand juga sesuatu yang baru buat saya,” katanya.


Apapun, Bill mengakui dia tidak ada masalah untuk sesuaikan diri dengan makanan Uzbekistan yang memang menyihatkan.


“Cuma yang menjadi masalah ialah mereka tiada sijil halal seperti di Malaysia. Sepanjang di sana, kami banyak makan salad dan sayur-sayuran seperti tomato, sup sayur dan kebab yang juga makanan popular di sana.


“Makanan ruji orang Uzbekistan ialah roti. Mereka juga banyak makan kacang seperti pistacio, walnut, almond dan minyak zaitun,” katanya.


Kata Bill lagi, Uzbekistan juga negara yang kaya dengan bangunan seni bina Islam pada abad ke-14.


“Hero mereka ialah Amir Timur. Secara sedikit demi sedikit ia bawa kita imbas kembali sejarah kegemilangan tamadun Islam di sana. Contohnya, arkitek yang bina Taj Mahal di India juga berasal dari Uzbekistan.


“Rakyat Uzbekistan juga mempunyai lebih 100 etnik iaitu kaum Uzbek, Tajik, Kazakh?stan dan Tartar. Orang Korea di Uzbekistan pula berasal daripada buruh yang dibawa ketika Perang Dunia Kedua dulu,” katanya.


View the original article here

Categories: Hiburan Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: