Home > Hiburan > SOSEH SOSEH: Fasha makin seksi

SOSEH SOSEH: Fasha makin seksi

KALAU pandang dari depan, gaun labuh merah pinang masak yang digayakan Fasha Sandha di sebuah majlis malam kelmarin nampak biasa saja.


Tapi kalau pelakon kontroversi ini berpusing saja, SS pasti ramai yang terbeliak dan mungkin ada yang sampai hendak terkeluar biji mata menyaksikan bahagian belakang Fasha yang terdedah luas.


Itulah yang dapat SS bayangkan ketika Fasha muncul di majlis pelancaran majalah baru untuk pasaran Malaysia, kelmarin.


SS difahamkan, majalah ini diadaptasi dari luar negara edisi Malaysia.



Tapi, bagaimana reaksi sebenar tetamu yang hadir di majlis itu, SS tidak tahulah pula kerana tidak berada di lokasi itu. SS hanya melihat gambar ditunjukkan rakan dari satu laman blog, semalam.



SS memang terkejut dan hanya mampu mengucap panjang pada hari Jumaat yang juga tarikh yang begitu cantik, 11.11.11. Tapi apabila fikir-fikir semula, apa yang hendak dihairankan.


SS perasan akhir-akhir ini Fasha makin berani tampil seksi dalam beberapa majlis termasuk Anugerah Skrin 2011 yang baru berlangsung.


Sebelum itu dia juga nampak seksi dalam sebuah majalah fesyen yang terkenal.


Cuma SS terus terbayangkan gambar Fasha yang begitu sopan bertudung ketika menghadiri JomHeboh di Kelantan, baru-baru ini. Ramai yang memuji penampilannya begitu anggun dan sopan.


SS yakin, kalau ditanya empunya diri, jawapan mereka mudah saja. Mereka menggayakan pakaian yang diberikan pereka fesyen dan tidak tahu pula ia seksi pada pandangan pihak tertentu.


Malah artis juga selalu berkata, penampilan mereka selalunya disesuaikan dengan majlis. Kalau majlis keagamaan, mereka tidak kekok bertudung dan berjubah. Tapi apabila hadir majlis glamor seperti pelancaran majalah yang diadaptasi pula dari luar negara, tentulah tampil sesuai dengan majlis.


Kalau artis Barat boleh tampil begitu, artis Malaysia juga boleh.


SS yakin Fasha mampu tersenyum puas dan tidur dengan lenanya malam itu kerana dirinya menjadi orang yang paling mendapat tumpuan sepanjang malam berkenaan.


Difahamkan, ramai artis jelita lain yang hadir malam itu seperti Lisa Surihani, Fazura dan Liyana Jasmay manakala artis lelaki pula ada Awal Ashaari, Sazzy Falak dan Shaheizy Sam. Tapi penampilan mereka biasa saja, malah Fazura dikatakan tampil dengan gaun ringkas.


Satu perkataan saja yang mampu SS katakan dengan penampilan Fasha iaitu, berani mati dan SS ucapkan tahniah kerana Fasha mempunyai keberanian yang tinggi.


View the original article here

Categories: Hiburan Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: